CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Serbu Kelas Yoga Disangka Pembunuhan Beramai-Ramai

10-9-2023 10:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13332| Komen: 7

London: Polis di Britain bergegas ke sebuah kawasan perumahan selepas menerima laporan daripada penduduk yang menyangka aktiviti meditasi semasa kelas yoga sebagai kejadian pembunuhan beramai-ramai. 


Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan, pemilik Kafe Seascape di perkampungan Chapel St. Leonards memperincikan kejadian itu dalam sebuah hantaran di Facebook.


“Jika sesiapa mendengar bunyi siren polis di Chapel St. Leonard sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) semalam (kelmarin), sila jangan takut.

“Mereka dalam perjalanan ke Balai Cerap Laut Utara selepas seseorang melaporkan kes pembunuhan beramai-ramai di bangunan kami kerana melihat peserta yoga bermeditasi di lantai.

“Orang awam yang dihormati, sila ambil perhatian bahawa Balai Cerap kami mengadakan banyak kelas yoga pada waktu malam. Kami bukan sebahagian daripada mana-mana kultus gila,” demikian menurut hantaran itu.


Guru yoga yang mengajar kelas itu, Millie Laws berkata, kesemua pelajarnya telah bersurai sebelum polis tiba di lokasi tersebut. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 10-9-2023 11:37 PM
Yoga baring tak bergerak2 pun boleyyhh
Quote B40tastePosh 11-9-2023 12:24 AM
Mesti polis cuma jumpa sisa peluh dan bau kepam je....sedeh

Quote kemaruk 11-9-2023 12:32 AM
mungkin beginilah keadaan pelarian rohingya di atas tongkang ketika nak ceroboh masuk malaysia
Quote pocongkiutss 11-9-2023 12:35 AM
dani-rox replied at 10-9-2023 11:37 PM
Yoga baring tak bergerak2 pun boleyyhh

Paling susah nk buat tu katanya kan..hahaha
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2023 12:52 AM
Orang nak tidur pun tak senang
Quote misc 11-9-2023 01:17 AM
Mesti tengah buat corpse pose, tukang report ingat tu mati ramai2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044047 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top