CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Himpunan RXZ: Penganjur Mohon Maaf Kepada Semua Pihak Terlibat

10-9-2023 10:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14866| Komen: 21

Petaling Jaya: Penganjur program Himpunan RXZ Members 5.0 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu memohon maaf kepada semua pihak terlibat.

Menerusi perkongsian di laman Facebook RXZ Members-Official, permohonan maaf itu berhubung beberapa isu dan insiden melibatkan peserta dengan pihak berkuasa sepanjang dua hari program itu berlangsung yang berakhir semalam.


Gambar hiasan

Jelas kenyataan itu, apa yang berlaku itu adalah di luar jangkaan dan akan diperbaiki pada masa akan datang.

“Kami memohon maaf kepada seluruh RXZ Members yang hadir dengan penuh bersemangat sehingga sanggup menghabiskan wang ringgit, masa, tenaga dan juga melakukan segala persediaan demi mengembalikan semula kegemilangan RXZ.

“Kami juga memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tanpa disedari masih ada segelintir kecil yang tidak sengaja gagal mengikut lunas undang-undang jalan raya,” kata kenyataan itu.


Jelasnya, pihaknya juga telah berusaha memastikan program itu berjalan lancar memandangkan ia kali kelima diadakan serta turut mendapat penyertaan dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

" data-width="500">Loading FB Post...

“Kami telah mendapatkan nasihat serta saranan yang baik daripada pihak berkuasa, namun tidak berupaya untuk menjadikan ia sempurna.

“Oleh itu, kami dengan rendah diri memohon maaf dan akan cuba melakukan penambahbaikan untuk masa akan datang,”ujarnya.

Dalam kenyataan sama, pihak penganjur turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta terus memberikan sokongan dari dahulu sehingga kini bagi memastikan program itu sentiasa mendapat tempat di hati peminat RXZ dari seluruh Malaysia.

“Susah senang, jerit perih telah dilalui bersama, namun tidak pernah menjangka ujian dan cabaran ini hadir tanpa pernah kita menduga,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 11-9-2023 06:05 AM
Gigih ya ber rxz member bagai…last2 kne pukat tunda berjemaah…hobi kami mahal kan….standard itu indah …
Quote Dovahkiin 11-9-2023 06:19 AM
Kebanyakan yg pakai rxz ni babi jalanan. Apa nak expect. Walaupun da tua, perangai babi jalanan membawak ke tua.
Quote margo20 11-9-2023 08:28 AM
Takde la limited mana kalau dh mcm lautan dia punya owner berkumpul
Quote Suchi 11-9-2023 09:15 AM
Apa keperluan event ni eh? Sampai 5 kali dah buat.
Pastu merempan katanya sekali sekala biarlah org nk gembira tak perlu buat sekatan.

Suka sangat normalisasikan menda2 yg salah, ikut jela undang2 dan peraturan.
Bukan semua pun kena tahan 100 lebih je kan drpd 60k katanya yg berkumpul
Quote white_musk 11-9-2023 09:16 AM
Pemilik Honda, bmw merc toyota proton perodua semua babi jalanan... Ok tak?
Quote myakayina 11-9-2023 09:19 AM
buat semak jalan raya je konvoi2 motor ni..
Quote Leo_Tigris 11-9-2023 09:21 AM
Edited by Leo_Tigris at 11-9-2023 11:35 AM

Set2 sialan ni - pagi2 ahad dah menyemakkan LPT. Aku nak gi Pekan Sehari Temerloh, dari Kuantan. bertolak pukul 6.30 pagi - tepi2 hiway penuh mcm semut menyusahkan org. time diorg ride dlm kumpulan, mcm babi siap penuh satu lane set2 diorg je.

pukul 9 lebih, 10 pagi mcm tu - aku bertolak balik dari Temerloh - tgk2 kat Gambang RNR, ada road block yg tutup semua lane jalan and halakan traffic semua utk masuk RNR.

aku rasa berkilo2 kena sumpah oleh org2 yg tak berkenaan tapi terpalit kena dialihkan ke roadblock...

selepas dari road block tu - habis diorg semua berkumpul tepi jalan dok bincang nak buat apa....sehingga la satu tpt tu, beratus2 ekor babi ni gi melawan arus ramai2 kat emergency lane sebelah sana....ada yg nak terkencing ketakutan, siap gi bukak barrier hiway kat tgh tu sbb nak patah balik

apa korg semua ada buat salah ke sampai takut sgt nak kena roadblock? semua takde lesen? tkd road tax?

nak berkumpul semua terjun lubuk pun ikut la - tapi cannot make urself legal??

nak aje aku tgk set2 yg lawan arus ni kena sapu dgn lori yg brake tak makan...tapi takde pulak....
Quote asfaz 11-9-2023 09:39 AM
Ramai pembekap diaorg ni. Walhal kalau takde buat Salah kenapa nak takut
Kat fb kemain menyalah kan penguatkuasa and kerajaan madani. Katanya sebelum ni ok je. Nmpk la sebelum ni tak buat kerja ka.
Quote dekmieDandy 11-9-2023 10:51 AM
buto la yang join, penyusah aku nak balik semalam

semua dok gerak balik dalam group, pastu siap conquer dua lane atas jalan

dah tahu moto capuk, gi konvoi sampai beratus kilometer pahal

aku tepuk tangan je yang accident tu, tahun lepas aku kena benda sama jugak

memekak je sepanjang jalan
Quote sayurmayur88 11-9-2023 11:36 AM
geng2 penyebab jem kt jalan.
Quote supernaturalee 11-9-2023 12:43 PM
danish nor la niiih

Quote kelana36 11-9-2023 01:10 PM
Kami juga memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tanpa disedari masih ada segelintir kecil yang tidak sengaja gagal mengikut lunas undang-undang jalan raya,” kata kenyataan itu.


buat salah pun boleh kira tak sengaja sebab berconvoi punya pasal...  memang perangai babi la kalau macam tu..  babi kan sukau berkonvoi, pastu main redah, rempuh jer tanaman orang..
Quote nikaido 11-9-2023 01:27 PM
Aku tengok video ada walaun ckp anwar yg arahkan operasi. Ada juga komen fb tulis anwar arahkan operasi sb dengki event xjemput dia (sblm ni mael ada pegi). Semua benda salah anwar haha
Quote kam3n 11-9-2023 01:42 PM
Awas jangan beria mengata. Nanti berbalik pada keturunan sendiri
Quote airfilterkotor 11-9-2023 01:50 PM
Apa yang best nyer RXJek ni... nak kata motosikal spesis pupus, tak jugak... bersepah jer serata malaya. Takde rare mana pung.
Tapi mahal kemain lagi.
Quote alieyrina 11-9-2023 02:25 PM
Tolongla jgn bejangkit buat kt negeri aku. Statikla buat kat negeri yg sama. Syuhh syuhh
Quote ezacbee 11-9-2023 02:48 PM
TZM xde ke?

Boleh classmate aku join. Dulu dia sanggup ikat perut demi TZM. Duit ptptn beli TZM. Perut lapo gigit TZM.

Quote alesandra 11-9-2023 03:08 PM
nikaido replied at 11-9-2023 01:27 PM
Aku tengok video ada walaun ckp anwar yg arahkan operasi. Ada juga komen fb tulis anwar arahkan oper ...

Tapi ada walaun salahkan rxz pulai,s.jeram  pn kalah.selain mengata besan org johor tak solat
Quote Atata 11-9-2023 03:12 PM
Eh ini ke yang ada anak dia meninggal sebab nak join?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057188 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top