CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Basikal Tendang Budak Saman Bapa Kerana Sebar Video

10-9-2023 10:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12963| Komen: 0

Brussels, Belgium – Seorang penunggang basikal yang pernah tular selepas dirakam menendang seorang budak perempuan, menyaman bapa kanak-kanak itu kerana berkongsi video kejadian tersebut di media sosial.


Akhbar Metro UK melaporkan, video kejadian itu berlaku semasa Hari Krismas pada 2020. 

Lelaki itu secara tidak sengaja menendang budak perempuan itu ketika berbasikal. - Newsflash

Lutut penunggang basikal dengan identiti tidak didedahkan itu dikatakan terkena budak berusia lima tahun tersebut ketika mereka berada di sebatang jalan bersalji di Baraque Michel, Belgium.

Bapa budak perempuan itu, Patrick Mpasa sedang berjalan bersama keluarganya ketika kejadian. 

Dia yang secara tidak sengaja merakam kejadian itu telah memuat naik video tersebut di media sosial dengan mendakwa bahawa penunggang basikal berkenaan tidak meminta maaf.


Kes itu dibawa ke mahkamah di mana penunggang basikal itu didapati bersalah dan perlu membayar pampasan sebanyak €1 (RM5) kepada Mpasa.

Selepas setahun, penunggang basikal berkenaan menyaman Mpasa kerana dikatakan menyebar fitnah sehingga menyebabkan dia menghadapi tindak balas yang teruk daripada orang ramai.

Selepas dua tahun pertikaian undang-undang, penunggang basikal tersebut memenangi tuntutan mahkamah baru-baru ini. 

Jumlah pampasan yang perlu dibayar Mpasa akan ditentukan pada April 2024.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.193272 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top