Penyanyi, Elly Mazlein, 43, bakal muncul dengan single baharu dalam masa terdekat. Mengulas perkara itu, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkata, lagu baharunya masih mengekalkan konsep mendayu-dayu yang menjadi tanda dagangnya selama ini.
"Memandangkan peminat sudah lama menunggu, jadi saya nak berkongsi saya sudah masuk studio untuk merakamkan lagu baharu, semalam. "Kiranya ini adalah hadiah untuk peminat. Rasanya semua orang sudah tahu yang kebanyakan lagu saya semuanya jenis sendu dan merintih. "Jadi, lagu genre perlahan kena ada. Kali pertama dengar melodi lagu saya sudah tertarik. Pencipta lagu ini adalah komposer muda dan banyak kali menang anugerah. "Siapakah gerangannya dan judul, kenalah tunggu," katanya kepada BH Online. Pemenang trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu turut meluahkan rasa syukur apabila Astro memberi sokongan penuh terhadap kehendak dan minatnya itu.
|
September14 replied at 11-9-2023 09:22 AM
Hope dia nynyi betul2 n sebutan T dia tu jgn nak bunyi c sgt
September14 replied at 11-9-2023 09:22 AM
Hope dia nynyi betul2 n sebutan T dia tu jgn nak bunyi c sgt
ADVERTISEMENT