Batu Pahat: Kegembiraan lima sahabat mandi dalam parit di sebuah ladang sawit berdekatan Kampung Rahmat di sini, bertukar tragedi. Dalam kejadian jam 6 petang itu, salah seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Difahamkan, parit itu baru digali seminggu lalu untuk pengairan di ladang sawit terbabit. Sebelum kejadian mangsa berusia 17 tahun berasal dari Taman Banang Jaya, dekat sini dipercayai terjun terlebih dahulu bersama seorang lagi rakan sebelum lemas. Penduduk kampung cuba membantu mencari dengan menggunakan jala namun gagal. Jurucakap Balai Bomba Penggaram berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan penduduk kampung terbabit. Operasi mencari dan menyelamat bemula dan mayat ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 7.21 malam.
Sebelum itu, anggota bomba terpaksa menaiki motosikal penduduk berikutan kesukaran membawa masuk jentera memandangkan laluan ke ladang itu hanya untuk kenderaan ringan. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT