Tular di media sosial memaparkan potongan rakaman penyanyi Baby Shima sedang bergelek di atas pentas dalam satu acara karnival musik yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Menerusi paparan video yang dikongsikan menerusi media sosial X itu, Baby Shima memakai baju ketat berwarna 'silver' dan bergelek di hadapan penonton yang menyaksikan persembahannya petang tadi.
Individu yang memuat naik rakaman tersebut mempertikaikan tindakan segelintir individu yang menghalang artis antarabangsa mengadakan konsert di Malaysia sedangkan artis tempatan sendiri mempamerkan aksi kurang menyenangkan ketika berada di atas pentas. "Banned artis international datang Malaysia tapi sedangkan artis kita sendiri macam ni rupa?" tulis invidivu tersebut.
Maklum balas daripada pengguna aplikasi X bersetuju dengan pendapat individu tersebut kerana sebelum ini artis antarabangsa yang ingin membuat persembahan di sini harus mengikut garis panduan ditetapkan termasuklah cara berpakaian. Untuk info, konsert festival musik Hausboom 2023 menampilkan 35 kumpulan musik tempatan dan juga luar negara termasuk Indonesia dan diadakan selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 September 2023. Sumber: Beautifulnara
|
Binodino replied at 10-9-2023 10:10 PM
Aku ingatkan ekor lembu kat bontot dia
lightheaded67 replied at 10-9-2023 02:05 PM
ke dia bipolar. tgk dlm bidio tu she mcm happy je buat aksi gitu dh tak tahan sgt rupanya. tp bila a ...
ADVERTISEMENT