Pelakon Norman Hakim akhirnya tampil menjelaskan dia lebih selesa berdiam diri berhubung kontroversi membabitkan anaknya, Marissa Dania kerana memilih untuk menyelesaikan isu tersebut secara tertutup.
Pemilik nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun mengambil iktibar dan menjadikan insiden ditimbulkan anak perempuannya itu sebagai pengajaran. "Terima kasih juga kepada yang prihatin atas ujian buat keluarga saya baru-baru ini. Insya Allah gerak hati dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup. "Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku. Mohon doakan yang baik-baik," tulisnya menerusi hantaran di Instagram. Kata Norman lagi, dia membaca setiap komen ditinggalkam netizen di media sosial miliknya dan memohon maaf bagi pihak anaknya susulan kekecohan yang berlaku. "Saya happy baca komen semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran daripada kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami.
"Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya. "Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik datang dari-Nya," kata Norman. Dalam pada itu, Norman turut memaklumkan dia dan keluarga baru saja sembuh daripada jangkitan Influenza A. Sumber: mStar, IG Norman
|
mawardia replied at 11-9-2023 07:14 AM
I ols dah agak memang normy akan ckp kat yebby katup mulut ja. Toksah berbalah kat medsos lagi. Nant ...
abadi84 replied at 11-9-2023 08:26 AM
Kan
Norman pun pening dah viral balik video abby serang dia kat set gerak khas.
Daripd terus dpt ...
ADVERTISEMENT