CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Kelantan Tonton Konsert Diasingkan Lelaki Dan Perempuan Di Tunjong

10-9-2023 02:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5028| Komen: 22

Petaling Jaya: Ribuan rakyat Kelantan membanjiri konsert yang diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu, Kelantan malam tadi meskipun sebelum ini tidak banyak konsert dibenarkan di negeri itu.


Menariknya pada konsert tersebut, pengajuran memilih untuk mengasingkan tempat duduk antara pengunjung lelaki dan wanita serta mereka yang berkeluarga.

Gambar yang dikongsi di laman Facebook memaparkan penonton lelaki dan wanita serta berkeluarga diasingkan tempat duduk pada konsert Jom Heboh di RTC, Tunjong Kota Bharu.

Konsert itu menampil beberapa artis ternama seperti Khai Bahar, Irfan Haris, Lan Solo, Aiman Tino, Shafiq Farhain, Nizam Laksamana, Rahmat Mega.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Facebook Hello Kelantan, kelihatan padang yang menempatkan pentas konsert di RTC Tunjong itu hampir penuh dengan penonton.

Selain itu, kelihatan penonton lelaki, wanita dan berkeluarga diasingkan dalam kawasan yang berlainan.


“Tu dia ‘full house’ sobat (sahabat).Tengok ni bagus Kelantan kita. Konsert asing orang jate (lelaki) dan orang tino (wanita) kat Jom Heboh RTC tunjong.

“Negeri lain kena tiru, buleh doh buko woyey (panggung wayang) sebutir pahni,” tulis Hello Kelantan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran itu.

“Hebat sambutan, semoga acara seperti ini dilakukan dengan lebih kerap dan perbanyakkan lagi di daerah-daerah yang ada,” tulis Laqman Al-Jefri.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd. Zaki.

“Biarlah, orang Kelantan payah nak jumpa hiburan begini, bila ada penuh orang,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mus368 10-9-2023 02:47 PM
X salah tonton konsert,tp dgn cara begini kan lebih trjamin batas antara laki & ppuan.syabas kpd pihak penganjur????????????..jadikan contoh utk negeri² lain..x payah nk ikut² barat sgt lah..ape yg barat ade skrg ni pun asalnya dari kita juga.cuma rmai yg x sedar
Quote Tinot7 10-9-2023 03:29 PM
Suketi deme la nak wat lagu mana..
Quote Skuau 10-9-2023 03:32 PM
Lagi la tak normal...laki sama laki...pompuan sama pompuan.
                          
Quote eLiaD 10-9-2023 03:49 PM
meanwhile Serambi Mekah has one of the highest number of sexual crime cases in this country


RiP
Quote mojarean_X 10-9-2023 04:04 PM
Moga pengasingan ini dpt dicontohi ke penganjuran konsert2 negeri2 di  pantai barat pula
Quote FOTHER-MUCKER 10-9-2023 06:25 PM
Oh baru saya tau tak boleh bercampur perempuan dan lelaki!

Selalu tengok di mekah ok je lelaki dan perempuan bercampur berasak!
Quote FOTHER-MUCKER 10-9-2023 06:26 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-9-2023 02:31 AM

Dan berharap negeri lain takan tetikut di kandangkan seperti ini.
Quote _kelly 10-9-2023 07:09 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-9-2023 06:25 PM
Oh baru saya tau tak boleh bercampur perempuan dan lelaki!

Selalu tengok di mekah ok je lelaki dan  ...

kelate lagi islamic dari mekah ok
Quote nw111 10-9-2023 10:22 PM
Retis sumer laki ...mmg retis pompuan x blh perform kt kelatey ke
Quote kakikuDibibirmu 10-9-2023 10:25 PM
nw111 replied at 10-9-2023 10:22 PM
Retis sumer laki ...mmg retis pompuan x blh perform kt kelatey ke

Suara perempuan kan aurat
Quote sharlenetexas 10-9-2023 10:25 PM
Bila nak ada disko kat kelantan ni? Kami nak clubbing. Cuma dikhuatiri ada yg bawak perangai darat masuk disko.

Quote snowflakes 11-9-2023 04:15 AM
Bukan benda haram memang kena haram ke?
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2023 05:28 AM
sharlenetexas replied at 10-9-2023 10:25 PM
Bila nak ada disko kat kelantan ni? Kami nak clubbing. Cuma dikhuatiri ada yg bawak perangai darat m ...

Mu nok isle ke disko?
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2023 05:31 AM
[youtube]iqtzMue6Izw[/youtube]
Quote BartholomewKuma 11-9-2023 06:58 AM
Kelantan menghalalkan gey dan lesbian dengan mencapoqkan pompuan dengan pompuan dan jantan dengan jantan
Quote hayrin86 11-9-2023 08:52 AM
FOTHER-MUCKER replied at 10-9-2023 06:26 PM
Dan berharap negeri lain takan tetikut di kandangkan seperti ini.

Amin.. Mustahil la negeri lain mencontohi Kelantan..

Quote Lampuled 11-9-2023 09:04 AM
Lebih elok tak dibuat. Kang dh habis konsert nk ke parking bercampur2 jugak. Takkan sehingga ke rumah laluan asing2.
Lebih elok kaum perempuan jg bg dtg terus tempat2 keramaian ni.
Quote nw111 11-9-2023 10:53 AM
kakikuDibibirmu replied at 10-9-2023 10:25 PM
Suara perempuan kan aurat

Konsert tu pun dh laghoooo... takyah le ckp pasal aurat sgt..
Quote KamikuP 11-9-2023 01:42 PM
Lupakan isu air kotor mari kita berhibur tak gitu? ekekeke

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.130477 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top