Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza memohon agar pengikutnya di TikTok yang sedang menontonnya di siaran langsung mendoakan urusan semua pihak agak dipermudahkan. Memey, ibu tiri kepada Marissa Dania Hakim yang juga sedang berniaga di siaran langsung itu menjawab komen-komen netizen secara ringkas dan tenang saat ketika ditanya sama ada ini masa sesuai untuk berniaga.
"Macam (masa) tak sesuai, tapi, memandangkan Mommy (saya) ada perniagaan dan ada promosi yang sedang berlangsung, jadi, semuanya harus diteruskan. "Jadi, kita doakan yang terbaik untuk semua orang agar dipermudahkan," katanya. Dalam ruangan komen siaran langsung yang yang ditonton lebih 20,000 penonton itu, ada beberapa netizen yang bertanya mengenai keadaan Marissa yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu. "Marissa okay ke?" tanya satu netizen.
"Korang (kalian) masuk 'live' ini pun mesti nak tahu berita. Eleh," tulis satu netizen lain. Sejak beberapa hari lalu, nama Marissa Dania, 18, tular selepas dikaitkan dan dilabel sebagai 'penyondol, menyebabkan runtuhnya rumah tangga satu pasangan muda. Sumber: Harian Metro |
noor2: Dia ni dah kawin mmg senyap dan baik...
KamikuP replied at 11-9-2023 01:47 PM
Kann.. meolls tanya kat ig dia jawab elok. je. Loveeeee memey
ADVERTISEMENT