CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shikin Maembong Diburu Lelaki Gatal, Siap Tawar Wang Buat Panggilan Video

10-9-2023 12:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3295| Komen: 3

Kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan dia kerap menerima gangguan individu tidak dikenali termasuk pelbagai mesej tidak senonoh.

Shikin atau Siti Nur' Ashikin Ismail, 40, berkata, gangguan itu tetap berlaku meskipun dia sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer Cat Farish pada Julai lalu.



Tindakan menyekat akaun individu berkenaan juga seolah sia-sia apabila dia tetap diganggu sehingga tidak tahan lagi dengan perkara itu.

"Orang gila... Saya tak tahu dia siapa. Sebenarnya dah banyak kali saya kena gangguan macam itu.

"Memang ramai yang hantar gambar bukan-bukan dan saya akan block selepas itu.

"Tapi kali ini lain sikit sebab dia tawar bayaran... Saya rasa sangat melampau," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Shikin ada memuat naik tangkap layar di Instastory miliknya yang memaparkan seorang individu menawarkan RM5,000 sehingga RM8,000 untuk membuat panggilan video.



Kata Shikin, dia juga menerima mesej dan foto ketika sedang sibuk berniaga di Havoc Street Food Festival yang sedang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Tindakan segera Cat menghubungi nombor berkenaan bagaimanapun dibiar tidak berjawab.

"Saya tak buka gambar dia hantar. Bila tunjuk dekat Cat dia ada cuba telefon lelaki itu tapi tidak diangkat.

"Memang setiap kali kejadian ini berlaku saya akan tunjuk pada dia (suami)," jelasnya.

Enggan perkara sama berulang, Shikin memaklumkan dia dan suami sepakat mahu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak pernah menerima gangguan seperti itu secara berdepan atau di khalayak ramai.

"Kali ini saya memang nak ambil tindakan. Sebab saya nampak dia ada pengikut. Saya pun dah siap-siap simpan semua bukti mengenai akuan tersebut.

"Tindakan ini pun saya ambil untuk keselamatan saya juga. Saya harap tindakan ini juga beri pengajaran pada orang lain agar tidak ganggu saya," katanya lagi.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 10-9-2023 01:25 PM
Jantan kaki porn, lps tu cri mangsa ajak tgk anu ko yg saiz2 Asia tu.. kalau sangap sgt ajak je friska ni hah confirm dia on je. Ni gigih kacau bini org mmg la meminta sgt
Quote hocconhobb 15-9-2023 08:56 PM
Edited by hocconhobb at 19-9-2023 01:50 PM

Kata Shikin, dia juga menerima mesej dan foto ketika sedang sibuk berniaga di Havoc Street Food Festival yang sedang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.


Tindakan segera Cat menghubungi nombor berkenaan bagaimanapun palace mercedes dibiar tidak berjawab.


"Saya tak buka gambar dia hantar. Bila tunjuk dekat Cat dia ada cuba telefon lelaki itu tapi tidak diangkat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035998 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top