CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izara Aishah Hanya Tahu Hamil Ketika Usia Kandungan 4 Bulan, Tak Kisah Jantina Anak

10-9-2023 01:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12309| Komen: 3

Aktres Izara Aishah menjelaskan perkongsian foto yang dibuat baru-baru ini bukanlah bertujuan memaklumkan kehamilannya.


Dia juga tiada niat untuk menyembunyikan perkara itu apatah lagi rakan-rakan terdekat pun sudah tahu mengenai perkara tersebut.



“Sebenarnya hantaran yang saya buat baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk memaklumkan hal tersebut (kehamilan) kepada umum. Cuma fizikal sebagai ibu hamil itu kian ketara dan ada juga yang bertanya.


“Jadi secara kebetulan saya menghadiri sebuah majlis dan berkongsi momen ketika berada di sana. Sebelum ini pun kalau ada yang tanya, saya jawab," katanya.


Tambahnya lagi, dia sendiri tahu sedang hamil ketika usia kandungan sudah empat bulan.


“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.


“Pada fasa ini, saya akui pergerakan agak terbatas. Malah sukar juga untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” katanya.


Ditanya mengenai jantina anak, pelakon filem J Revolusi ini berserah kepada rezeki.


“Saya dan suami tidak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki, kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.


“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” katanya.



Terdahulu, perkongsian Izara di Instagram ketika menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia yang jelas memperlihatkan baby bump menjadi sorotan.


Malah sebelum ini, warganet menerusi penstriman langsung di TikTok turut saling berteka-teki tentang kehamilannya.


Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.



Sumber: Media Hiburan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 10-9-2023 08:25 PM
takde sape komen ke... sendunyee...
so tak perasan ke piyed tu sampai 4th month
Quote Manusiabesa 10-9-2023 09:25 PM
Jenis x alert dgn tarikh period ke.. or mmg period dia jenis haywire smpai 4bulan xhaid pun xsyak pape.
Quote jalfa 10-9-2023 09:46 PM
Pelik bebenor statement yinih jenis piyed 6 bulan sekali ke

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071267 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top