CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Wanita Bergilir: Baki Empat Suspek Ditahan Di Kelantan, Kuala Lumpur

9-9-2023 09:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14878| Komen: 22

Kuala Lumpur: Polis berjaya memberkas baki empat individu yang dilaporkan terlibat sebagai suspek kes rogol berkumpulan di Wangsa Maju, di sini, dalam tangkapan berasingan di Bachok, Kelantan dan sekitar Kuala Lumpur.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan itu melibatkan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 32 tahun.


Katanya, keberjayaan itu hasil satu operasi khas telah dijalankan oleh pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur di sekitar ibu negara dan Kelantan untuk mengesan suspek.

“Selepas tangkapan pertama dibuat 2 September lalu, tangkapan diteruskan lagi melibat suspek seorang lelaki tempatan di Taman Melawati, di sini, kelmarin.

“Tangkapan diteruskan dengan penahanan dua individu di Bachok, Kelantan, semalam.

“Baki seorang lagi suspek ditahan di Setapak, di sini, hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Ashari, kesemua suspek ditahan reman sehingga Rabu hadapan bagi membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis telah berjaya menyelesaikan kes ini, ucapan terima kasih buat orang awam yang membantu mengesan dan menangkap suspek terlibat,” katanya.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan, hutang dipercayai motif seorang lelaki tempatan tergamak ‘menggadai’ adik iparnya untuk diperkosa secara bergilir-gilir di sebuah kediaman di Wangsa Maju, di sini, pada pagi 30 Ogos lalu.

Dilaporkan, suspek yang ditangkap pada 2 September lalu, dipercayai telah menelefon mangsa supaya tidak mengunci pintu rumah sebelum kejadian.

Ashari memaklumkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai mempunyai hutang duit dengan salah seorang lagi suspek yang terlibat, namun tiada pengakuan dibuat oleh suspek.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir, malah rakaman video mangsa ketika perbuatan terkutuk tersebut turut dilakukan kumpulan tersebut.

Kejadian tersebut menimpa seorang wanita berusia 27 tahun ketika sedang tidur di dalam bilik sebelum tersedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya. kira-kira pada pukul 3.30 pagi di kediamannya di Wangsa Maju, di sini.

Suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan itu sebelum melarikan diri.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan (Rogol berkumpulan).


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 9-9-2023 09:30 PM
Kayaq berita dari India ya
Quote Binodino 9-9-2023 09:53 PM
Friska: Kayaq berita dari India ya


Diamlah kau friska
Quote Friska 9-9-2023 11:42 PM

Kaget saya Kakak karena saya kira kejadian di India
Quote laqoyah 10-9-2023 08:11 AM
Salah ni.. ni berita kt Chennai la. X kan la org Serambi nk buat mcm ni
Quote mawardia 10-9-2023 10:29 AM
Alhamdulillah. Good job PDRM!
Memang xkan lepas. PDRM cari memang smpai ke lubang cacing. Entah cemana la spy the ols ni bekerja. Efficient betul!

Quote otai_g 10-9-2023 11:00 AM
Ditangkap di bachok? Org kelantan ker?
Quote kemaruk 10-9-2023 11:05 AM
rohingya peranakan ke
Quote mawardia 10-9-2023 12:01 PM
otai_g replied at 10-9-2023 11:00 AM
Ditangkap di bachok? Org kelantan ker?

Spekuan I diaorng tunggu "green light" nk masuk Siam.
Quote Barebow77 10-9-2023 12:08 PM
Menyedap hanya sekejap..berantakkan hidup berpanjangan..budusss
Quote Kurex 10-9-2023 12:08 PM
Korang tau kan friska tu sebenarnya orang Malaysia...
Quote Sesuatu… 10-9-2023 03:56 PM
-dltd-

Quote Sesuatu… 10-9-2023 03:57 PM
Friska replied at 9-9-2023 11:42 PM
Kaget saya Kakak karena saya kira kejadian di India

Weh kaget tu ape weh
Quote shernazz 10-9-2023 09:11 PM
Malu maluin saya
Quote manop 10-9-2023 09:13 PM
mu mush islei?
Quote LoveSungmin 13-9-2023 02:34 PM
[tiktok]7278183317973798162[/tiktok]
Quote wirazam 13-9-2023 02:43 PM
laqoyah replied at 10-9-2023 08:11 AM
Salah ni.. ni berita kt Chennai la. X kan la org Serambi nk buat mcm ni

Ohhh kat hindia ka..
Quote wirazam 13-9-2023 02:44 PM
mawardia replied at 10-9-2023 10:29 AM
Alhamdulillah. Good job PDRM!
Memang xkan lepas. PDRM cari memang smpai ke lubang cacing. Entah cema ...

Good job pdrm...
Quote Prickford 13-9-2023 03:07 PM
Yg bingainya kau merogol. Benda ni dekat negara konoha sana pon salah. Tak kan kau igt boleh lepas gitu je. Pastu rakam buat video konon nak ugut 50/50 sangat dikkk oiii. Dah kena tangkap, tiberrrr nak minta jaminan sebab ada anak bini. Masa sedap merogol, kau kematian isteri ke dik??
Quote helicornia 13-9-2023 04:36 PM
Kurex replied at 10-9-2023 12:08 PM
Korang tau kan friska tu sebenarnya orang Malaysia...

i pun rasa gitu
dia ni menghanjing je, saje menyamar indon nak provoke org

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045485 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top