CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Guru, 28 Pelajar Cedera Disengat Tebuan

9-9-2023 08:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8885| Komen: 10

Hulu Langat: Seramai 28 pelajar serta 10 guru dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan selepas disengat tebuan di Sungai Lopor, di sini, hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku jam 1.45 petang tadi ketika sekumpulan pelajar terdiri daripada lebih 100 pelajar sebuah sekolah menengah di Shah Alam.


ANTARA pelajar yang dihantar ke hospital dan klinik kesihatan selepas disengat tebuan di Sungai Lopor, Hulu Langat, hari ini. FOTO Ihsan APM

Kumpulan pelajar berkenaan dikatakan sedang menjalani Kem Kepimpinan Transformasi Pengawas di sebuah resort berhampiran yang berlangsung semalam hingga esok.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Kapten (PA) Ruslan Lok berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 2.10 petang tadi.

"Seramai enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi berkenaan. Operasi itu juga membabitkan agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bomba dan polis.


"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat 28 pelajar disengat tebuan. Difahamkan 25 mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 untuk menerima rawatan.

"Tiga lagi pelajar pula dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada di zon merah Jabatan Kecemasan hospital berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Cubaan wartawan Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada guru yang terbabit dalam kejadian itu tidak berjaya apabila diminta menghubungi pihak pentadbiran sekolah bagi maklumat lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-9-2023 08:34 PM
Sarang tebuan jangan dijolok -Pearl Harbor-
Quote dua_chzy 9-9-2023 08:36 PM
Aiol syak meka pi kacau sarang tu.
Quote mawarika 9-9-2023 09:52 PM
Mmg tempat ni selalu adakan kem kempipinan pengawas ker? Anak ioilss mintak izin pegi mmg i tak bagi. Dia bgtau cikgu mak saya takut saya kena makan buaya. N cikgu pengawas tu bgtau ioilss.. hampeh punya anak. Melekek ketawa..
Quote Supersirap 9-9-2023 09:55 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote cap_ayam 9-9-2023 11:41 PM
Edited by cap_ayam at 9-9-2023 11:42 PM

Semoga semua mangsa sengatan selamat. Tebuan tu. Tahun depan buat kat padang sekolah jelah toksah camping kat sungai.
Quote makiting 10-9-2023 12:04 AM
mawarika replied at 9-9-2023 09:52 PM
Mmg tempat ni selalu adakan kem kempipinan pengawas ker? Anak ioilss mintak izin pegi mmg i tak bagi ...

Adoiii sakit perut akak ketawa
Bertuah punya anak

Lahaiii
Quote B40tastePosh 10-9-2023 12:04 AM
Quote pisanggoreng 10-9-2023 12:56 AM
tak sempat buat aktiviti burung hantu
Quote Sesuatu… 10-9-2023 04:00 PM
Sampai ke red zone. Innalillah, moga cepat sembuh semuanya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.375052 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top