CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Suruh Bercerai, Sedih Tengok Ibu Dipukul Ayah Penganggur Setiap Hari

9-9-2023 08:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8537| Komen: 9

Sichuan, China: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun meninggalkan nota memaklumkan kesediaannya untuk hidup dalam keluarga yang berpecah.


Kehidupan kanak-kanak berusia sembilan tahun pastinya dipenuhi dengan gelak tawa.


Namun berbeza dengan situasi yang dialami gadis kecil ini apabila dia terpaksa melihat pertengkaran dan pergaduhan antara ibu dan ayahnya setiap hari.

Menerusi laporan South China Morning Post, kanak-kanak terbabit telah meminta ibunya bercerai ayahnya yang didakwa sering melakukan keganasan rumah tangga.

Kanak-kanak terbabit memeluk ibunya selepas ayahnya kelur dari rumah


Ia susulan wanita yang berasal dari wilayah Sichuan, China itu sering dipukul dan dikasari oleh suaminya yang merupakan penganggur.

Malah, kegansan yang berlaku itu direkodkan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

Menerusi rakaman tular itu, dia yang baru sahaja pulang dari kerja, cuba melindungi diri dengan menahan tangan di bahagian kepala ketika dipukul oleh suaminya.

Bahkan terpaksa mendengar jeritan dan cacian daripada lelaki berkenaan yang berang apabila isterinya mempersoalkan kenapa rumah dan anak-anak mereka dibiar serta tidak dikemas sedangkan dia tidak bekerja.

Selepas pertengkaran berlangsung, suaminya keluar dari rumah.

Meskipun mempunyai kesan pukulan di badan, dia tetap keluar bekerja keesokan harinya bagi mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, sejurus pulang ke rumah, dia melihat nota yang ditinggalkan anak perempuan sulungnya itu.

Nota yang ditulis kanak-kanak perempuan terbabit.

“Kalau ibu nak ceraikan ayah, saya akan tinggal dengan ibu. Tapi kalau risaukan adik, ibu boleh letak saya dalam jagaan ayah,” tulis anak perempuan itu dalam nota yang menyayat hati itu.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak malang itu juga berharap ibunya tidak mengorbankan perasaan demi anak-anak.

"Jangan korbankan perasaan ibu," tulisnya lagi.

Dalam ayat terakhir, anak perempuan itu mengingatkan ibunya supaya sentiasa mengunci pintu.

Rakaman video itu meruntun hati warga maya selepas dikongsikan di halaman sosial.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 10-9-2023 11:02 AM
Nak komen cntik tulisan dia
Quote Kurex 10-9-2023 12:12 PM
Congcengcongceng
Quote iolss 11-9-2023 10:09 AM
9 yo? cantik tulisan dia. semoga yg baik2 shja nak..
Quote myakayina 11-9-2023 01:36 PM
kesiannya..
Quote shernazz 11-9-2023 01:52 PM
Cantik nya
MCM tulisan mak dia je..huhu
Tp elok crrai jah
Laki tu Satu Sen tak guna
Quote dua_chzy 11-9-2023 01:54 PM
shernazz replied at 11-9-2023 05:52 AM
Cantik nya
MCM tulisan mak dia je..huhu
Tp elok crrai jah

Tak la. Tulisan budak tu rasanya. Klasmet anak aiols pun lawa2 tulisan. Anak aiols ja ntah hapa2 tulisan. Tapi dah banyak improve lepas masuk derjah 1.
Quote shernazz 11-9-2023 03:38 PM
dua_chzy replied at 11-9-2023 01:54 PM
Tak la. Tulisan budak tu rasanya. Klasmet anak aiols pun lawa2 tulisan. Anak aiols ja ntah hapa2 t ...

Teratur budak.ni tulis..
Tapi mmg iya..budak pandai tulis cina Ni kalau tulis.rumi mmg cantik teratur
Quote Supersirap 11-9-2023 03:41 PM
Kasihannya, selalu perkara sebegini anak-anak lah yang paling terkesan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053625 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top