Penyanyi Tom berkongsi pengalaman mistik berada di sebuah perkampungan misteri dipercayai akibat 'disorok bunian'. Cerita Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, kejadian misteri itu berlaku semasa dia berada di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak ketika berusia tiga tahun.
Kata Tom, sehingga kini dia masih mengingati peristiwa berada dalam perkampungan yang sangat berbeza dengan kehidupan hariannya. "Saya pernah hilang beberapa hari dekat kampung di Kuala Kangsar... keluarga cakap saya kena sorok bunian tetapi tak tahu la betul atau tidak. "Apa yang saya ingat tiba-tiba berada di sebuah kampung, pasirnya putih bersih. Bumbung rumah semua bentuk segi tiga," katanya. Tom menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam perkongsian berkenaan, penyanyi ini turut memuat naik gambar seolah-olah memberi bayangan tempat dia berada ketika itu.
Mencerita lebih lanjut, Tom berkata kawasan tersebut hanya dihuni oleh kaum wanita dan mereka memberikan layanan baik apabila Tom ditemui menangis teresak-esak.
|
Belibis replied at 9-9-2023 08:15 PM
Baru masuk perenggan ' ketika berusia tiga tahun....' terus stop baca...
Ko buat isu lain la mektom ...
allshares replied at 9-9-2023 08:32 PM
Bunian tu kalau tgk tom skrg dia pun menyesal kidnap. Dgn busuk n sundel nya kalau dok kat alam bu ...
Belibis replied at 9-9-2023 08:15 PM
Baru masuk perenggan ' ketika berusia tiga tahun....' terus stop baca...
Ko buat isu lain la mektom ...
Belibis replied at 9-9-2023 08:15 PM
Baru masuk perenggan ' ketika berusia tiga tahun....' terus stop baca...
Ko buat isu lain la mektom ...
hzln replied at 9-9-2023 09:09 PM
Korang2 ni earliest childhood memory umur berapa ya? Acik ada jer ingat fragmen2 menda2 yg berlaku m ...
ADVERTISEMENT