Semakin banyak hotel dan tempat menarik di Korea memperluaskan kemudahan dan perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pelancong Islam. Oleh itu banyak tempat di Seoul, Korea terutamanya telah mula menyediakan bilik doa atau tempat solat bagi memudahkan pelancong Islam menunaikan kewajipan yang satu itu. Berikut adalah senarai masjid dan tempat solat di Seoul untuk makluman anda.
Seoul Central Mosque, Itaewon Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di Seoul yang terletak berhampiran dengan Itaewon Station (line 6). Di sekitarnya juga terdapat banyak gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan halal. Taman Tema Everland Everland merupakan salah satu taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Sangat besar dan luas dan memerlukan seharian untuk menerokai taman-taman yang ada di dalamnya. Di sini juga disediakan sebuah surau untuk anda solat dengan selesa. Surau itu terletak bersebelahan dengan Taman Shooting Ghost dan satu lagi di Mystery Mansion.
Nami Island Kalau datang bercuti ke Korea, anda mesti takkan lepaskan peluang untuk ke Pulau Nami yang merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Tempat ini merupakan lokasi drama Korea popular yang bertajuk Winter Sonata pada tahun 2000. Di sini juga disediakan satu tempat solat yang selesa dan terletak dalam bangunan Restoran Asian Cuisine. Myeongdong Myeongdong merupakan syurga membeli-belah untuk mereka yang suka menggunakan barangan korea seperti pakaian dan barangan kosmetik. Jika anda sukakan barangan berjenama, inilah tempatnya. Oleh itu, jika anda hendak menghabiskan banyak masa ini sampai perlu mencari tempat untuk menunaikan solat, anda boleh ke Lotte City Hotel Myeongdong. Hotel ini menyediakan satu bilik solat untuk pelancong Islam. Jika tidak sempat ke hotel itu, anda boleh ke M Plaza Building dan solat dengan selesa di sebuah ruangan di tepi tangga exit door. Tourism Information Center, KTO HQ Bilik solat di bangunan ini terletak di basement, dan dipanggil 기도실 (gido-shil) dalam bahasa Korea. Biliknya tidaklah besar sangat tapi cukup selesa untuk anda dirikan solat. Namun begitu, bilik ini dikongsi oleh kedua muslimin dan muslimat dan tempat wudhu disediakan dengan menggunakan tandas untuk orang kurang upaya. Lapangan Terbang Incheon Untuk mana-mana pelancong yang mungkin terkandas di Incheon International Airport atau ingin mendirikan solat menunggu waktu pelepasan ke destinasi seterusnya, jangan risau. Pihak lapangan terbang telah menyediakan ruangan solat untuk pelancong muslimnya. Surau ini terletak di sebelah Departure Hall 24 selepas anda melalui immigration. Arah kiblat, sejadah dan Al-Quran disediakan cumanya anda perlu mengambil wudhu’ siap-siap di tandas berhampiran. COEX Ruang solat itu terletak di tingkat 3 berhampiran dewan E Coex Mall dan ia telah mengasingkan surau untuk lelaki dan wanita. Ia dibuka setiap hari dari 3 pagi hingga 10 malam. Alatan lain untuk solat seperti Sajadah, Al-Quran, kiblat dan jam turut disediakan untuk kemudahan tetamu. Coex Mall terletak betul-betul berdekatan dengan SMTown Coex Artrium, jadi jika anda ingin membeli-belah, jangan risau terlepas solat kerana anda boleh membuat persembahan di musolla ini. Terdapat juga restoran Halal Validated di pusat membeli-belah ini juga. Lotte World Lotte World ialah sebuah pusat rekreasi dengan taman tema indoor terbesar di dunia. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, arah kiblat, selipar, dan bilik wuduk. K-Style Hub K-Style Hub ialah sebuah pusat informasi pelancong, di mana korang boleh cuba masak makanan Korea, pakai baju tradisional, belajar budaya Korea dan banyak lagi. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, kiblat, telekung, selipar, dan bilik wuduk. Semakin banyak kemudahan mesra muslim yang disediakan di Seoul, Korea. Tempat-tempat lain untuk menunaikan solat boleh dirujuk pada pautan ini dan anda tidak perlu risau lagi ketika memilih Korea sebagai destinasi pelancongan anda seterusnya. - CARI
|