CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPM Akan Keluarkan Garis Panduan Kes Buli

9-9-2023 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1159| Komen: 5

Nilai: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan satu garis panduan berkaitan kegiatan buli di sekolah sebagai langkah menangani kegiatan berkenaan.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata KPM tidak berkompromi dengan sebarang tindakan atau aktiviti buli kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk setiap murid.


Fadhlina (tengah) bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Seminar Pendidikan Madani Memartabat 'Karamah Insani' Membangun Generasi Madani di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). FOTO BERNAMA

"Kita (KPM) tidak berkompromi dalam soal kes buli. Satu garis panduan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi yang akan ada beberapa perkara yang kita sentuh termasuk buli siber.

"Hakikatnya, kita tidak boleh terima aktiviti buli ini dilakukan oleh anak-anak kita di sekolah," katanya berucap merasmikan Seminar Pendidikan Madani 2023 bertemakan Memartabatkan Karamah Insaniah dan Membangun Generasi Madani di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.


Seminar anjuran Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) dengan kerjasama USIM.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sharfuddin Ali Hussin, Timbalan Naib Cancelor USIM Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim dan Presiden KONGRES Jasni Md Kechik.

Fadhlina berkata, pihaknya turut menzahirkan komitmen terhadap isu jenayah seksual dan perkauman di sekolah.

"Kita tidak boleh bagi muka perkara ini (jenayah seksual), perkauman berlaku di sekolah walaupun isu perkauman ini datang setahun sekali atau setiap kali menjelang pilihan raya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata KPM tidak akan mengenepikan kesatuan guru di negara ini sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan dasar dan maklumat kementerian ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, pembabitan mereka penting kerana ahli kesatuan dan guru adalah pelaksana dan pendukung dalam menentukan kejayaan sesuatu dasar baharu pendidikan negara.

"Teras kami yang pertama adalah untuk memastikan komunikasi akan sampai dan KONGRES akan sentiasa menyambut agenda kementerian," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Fadlina menegaskan bahawa pihaknya menyambut baik penganjuran seminar berkenaan kerana ia bertujuan untuk mengangkat darjat manusia khususnya dalam memberikan akses pendidikan kepada anak-anak.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-9-2023 04:42 PM
Aiol nak :

1. Pelajar yang dibuli guru physically or mentally,

atau

2. Guru2 yang dibuli pelajar physically or mentally,

juga dapat protection dan hada garis panduan. Cikgu2 kertu ni pun kena jaga mental. Kalau porumer kertu umo 50an kena jerit fuck you oleh pelajar umur 14 tahun sah mental koyak juga.
Quote stingergrumpy 9-9-2023 05:06 PM
dua_chzy replied at 9-9-2023 04:42 PM
Aiol nak :

1. Pelajar yang dibuli guru physically or mentally,

Ko dok merempit berbelas tahun dlm forum cari kena macam macam dgn aku sampai boleh dapat segulung ijazah in master of the vulgar languages dari tahap ko koyak rabak waktu baru berkecimpung sehingga kini dah bullet proof....tak boleh impart knowledge ko pada your fellow colleagues keww?

Bagaimana ko dapat daya ketahanan ko iteww?

Asik iteww nak iteww nak...gaji kureng nak tak?

Kahkahkahkahkahkah

Quote MissYouSayang 9-9-2023 06:11 PM
40 hadis tu x mampoo nak kontrol kes buli ke
Quote stingergrumpy 9-9-2023 06:13 PM
MissYouSayang replied at 9-9-2023 06:11 PM
40 hadis tu x mampoo nak kontrol kes buli ke

Boleh kontrol during lesson je ler...luar lesson start lagi ler...

Kahkahkahkahkah
Quote Raline 10-9-2023 01:49 PM
MAK BAPAK PEMBULI SELALU NYA TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT....
dan berlaku aggresive apabila kna TEGUR.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.143022 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top