|
Lima tahun berhempas-pulas melakar nama, Anna Jobling kini mampu tersenyum bahagia apabila bakatnya diperakui ramai bukan sahaja dalam industri seni tanah air bahkan negara jiran. Dek kerana itu, si cantik berusia 23 tahun enggan membuang masa memikirkan soal cinta yang tidak tahu bagaimana hujung pangkalnya dan lebih cenderung fokus memperkukuhkan kerjaya.
“Tiada masa untuk bercinta, umur saya masih lagi muda. Saya bukan milik sesiapa, saya hanya milik diri saya sendiri. “Buat masa sekarang, saya hanya fokus pada kerjaya, itu yang paling utama. Saya tidak mahu mensia-siakan usia muda dengan perkara yang tidak penting. “Meniti usia 23 tahun ini, saya kena kerja keras kerana ada matlamat yang harus saya capai, banyak yang perlu saya realisasikan,” ujarnya. Membiarkan soalan cinta bernoktah di situ, Anna seterusnya berkongsi pengalaman berkampung di Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran drama bersiri The One yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Jelas Anna, perasaannya bagai dilanda gelora yang sukar untuk diluahkan, namun apa yang pasti, dia mahu lakukan yang terbaik memandangkan peluang tidak datang berkali-kali. “Perasaan saya berdebar kerana saya ke sana ibarat membawa nama Malaysia, lakonan saya kena setara dengan barisan pelakon lain. “Daripada situ, saya sematkan semangat dalam diri saya bahawa akan lakukan yang terbaik, sekali gus membanggakan peminat dan rakyat Malaysia. “Syukur semua pelakon yang terlibat sangat ramah dan mengalu-alukan kedatangan saya bahkan mereka kelakar sehingga membuatkan saya selesa seterusnya melenyapkan perasaan gugup,” katanya. Sumber: HibGlam
|
laicibiru replied at 9-9-2023 02:52 PM
lepas dah puas menunggang kebodohan fanatik, gitu je dia cuci tangan. Paling penting dia nampak suci ...
anaktoyol replied at 9-9-2023 03:02 PM
siapa yg akui bakat dia... hailah yenna jobling
anaktoyol replied at 9-9-2023 03:02 PM
siapa yg akui bakat dia... hailah yenna jobling
piro77 replied at 9-9-2023 03:26 PM
Lorhhh meerqeen tu buat taik sendiri la, jgn nak letakkan salah ke org lain. You buta ke dgn apa y ...
piro77 replied at 9-9-2023 03:30 PM
Rezeki dia la, bakat boleh diasah dan usaha. Dia menang byk kot dlm anugerah2 tu tanda diterima ba ...
piro77 replied at 9-9-2023 03:26 PM
Lorhhh meerqeen tu buat taik sendiri la, jgn nak letakkan salah ke org lain. You buta ke dgn apa y ...


piro77 replied at 9-9-2023 03:30 PM
Rezeki dia la, bakat boleh diasah dan usaha. Dia menang byk kot dlm anugerah2 tu tanda diterima ba ...
Masukkeluar replied at 9-9-2023 09:22 AM
ko ni sebijik mcm fans jah aka niqabis..
dan anajob playvictim mcm niqabis...smoga kwin pak usta ...

piro77 replied at 9-9-2023 03:26 PM
Lorhhh meerqeen tu buat taik sendiri la, jgn nak letakkan salah ke org lain. You buta ke dgn apa y ...
nah munger
piro77 replied at 9-9-2023 03:26 PM
Lorhhh meerqeen tu buat taik sendiri la, jgn nak letakkan salah ke org lain. You buta ke dgn apa y ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.848420 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.