CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Penagih Ditemui Mati

9-9-2023 10:11 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3289| Komen: 7

Kuala Lumpur: Bukan saja gelandangan, malah penagih dadah turut 'menghuni' sebahagian rumah pangsa awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Jalan Kuching di sini sejak 2008.

Untuk rekod, rumah pangsa yang menjadi tumpuan gelandangan serta penagih membabitkan kuarters untuk anggota tentera.


Penduduk, Ridzwan Mohd Ali, 60, berkata, 10 blok kuarters perumahan berkenaan dibaik pulih pada awal 2008 sebelum ia ditinggalkan penghujung Disember tahun yang sama.

PANGSAPURI terbiar yang kini menjadi sarang penagihan dadah.

Ini kerana, penghuni kuarters tentera berkenaan berpindah ke kuarters yang baru.

"Kini, blok yang ditinggalkan turut menjadi 'stor' untuk menyembunyikan barangan curi. Pernah berlaku, dua kes penagih dadah ditemui mati akibat overdose di Blok B dan Blok C kuarters terbabit.

"Bagi memastikan keselamatan penduduk, kami memasang lampu selain kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa blok," katanya ditemui.


Menurut Ridzwan, aktiviti membabitkan penagih dadah pula berlaku pada setiap masa malah polis turut melakukan banyak rondaan serta pemantauan di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, aktiviti terbabit tetap berjalan dan soalnya, sampai bila ia akan berterusan.

"Kami bukan sahaja pernah menemui penagih dadah, malah menemui gelandangan yang menghuni blok kosong terbabit," katanya.

Seorang lagi penduduk, Kamarozaman Sampul, 56, pula bimbangkan keselamatan kanak-kanak.

"Penduduk berterusan menjaga keselamatan di sini bersama-sama bagi memastikan keselamatan kami terpelihara.

"Gerai-gerai makanan juga dibuka di beberapa kawasan terbiar bagi memastikan kawasan terbabit tidak lengang.

"Ia dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku perkara tidak diingini kepada penduduk, khususnya kanak-kanak yang melalui kawasan terbabit apabila pulang sekolah," katanya.

Tinjauan Harian Metro di beberapa blok kuarters terbabit turut menemukan beberapa bangkai motosikal yang sudah dileraikan.

Wartawan turut menemukan tempat digunakan individu dipercayai penagih dadah untuk 'melepak' serta melepas gian.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Gulam Muszaffar Mustakim berkata, keadaan kuarters terbabit amat membimbangkan kerana ia dijadikan sarang kegiatan tidak bermoral sejak ditinggalkan pada 2008.

"Perkara ini sudah lama dibincangkan malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bersetuju untuk melakukan pembangunan semula kuaters berkenaan.

"Pada awalnya, pihak berkaitan bersetuju dan tiada halangan untuk melakukan pembangunan semula, tetapi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.

"Lebih mengecewakan, kelulusan yang kita peroleh daripada DBKL pada April 2022 sudah tamat tempoh.

"Kita sudah berjaya mendapatkan 85 peratus sokongan penduduk di perumahan berkenaan namun disebabkan kelewatan pihak berkaitan, maka DBKL membatalkan permohonan untuk membangunkan semula kawasan ini," katanya.

Menurut beliau, 10 blok yang dimiliki oleh sebuah agensi kerajaan itu diabaikan tanpa penyelenggaraan sejak hampir 15 tahun dan ia membuatkan penduduk 'terseksa' dengan persekitaran yang terdedah dengan pelbagai kegiatan tidak sihat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 9-9-2023 10:33 AM
Tidak mustahil, menagih dadah mampu merosakkan kesihatan, serupa dengan amalan meminum arak..
Quote zuriey 9-9-2023 11:27 AM
Geng paranormal suka ni rumah terbiar
Quote Binodino 9-9-2023 11:40 AM
Instead of jarah tanah sana sini, why not refurbish je bangunan2 tinggal macam ni? Ke tak boleh buat sebab ada isu perundangan?
Quote ajinomotonosuga 9-9-2023 12:08 PM
Binodino replied at 9-9-2023 11:40 AM
Instead of jarah tanah sana sini, why not refurbish je bangunan2 tinggal macam ni? Ke tak boleh buat ...

bnyk glc tu haaa bio depa beli...gomen juei gomen..murah murah pastu jual kat yg nk rumaj..dure lajuuuuu je laku

juei kat pesara tentera or waris depa or sapa je ler

yg sudah mesia ni..ni wat gitu nti yg berkuasa tu tanya apaaaaa pekdah kat haku? haku berapa persen? tu yg last last rumah tak mampu milik...sure punye


oang bleh kitar semula sampah buat duit lagi..ni kan plak bangunan haa..tapi tu laaa..ko berapa persen aku berapa dia berapa last last tadak apa!!!!
Quote gigahertz 9-9-2023 08:05 PM
Binodino: Instead of jarah tanah sana sini, why not refurbish je bangunan2 tinggal macam ni? Ke tak boleh buat sebab ada isu perundangan?
bangunan dah rupa gini sorang pun x nak. cuba u dengan yang lain bergotong royong. cat balik . repair balik apa rosak. esok mesti kerajaan datang claim.
kebtulan kawasan tu kat Shopping kompleks Sungai Mas sana dah ada Aeon.

Quote kakikuDibibirmu 9-9-2023 08:09 PM
Tempat orang mati kena hukum gantung pun (baca penjara Pudu Lalaport) pun boleh laku, apadehal

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.226294 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top