CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryan Bakery Alami Demam Campak "Dah Dua Kali Terkena, Agaknya Saya Seorang Yang Istimewa"

8-9-2023 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6724| Komen: 20

Gara-gara mengalami demam campak sejak Khamis lalu, Ryan Bakery, terpaksa menangguhkan beberapa urusan kerja termasuk jadual penggambaran.

Dia sepatutnya menjalani beberapa penggambaran dan promosi terutama selepas memenangi Anugerah Tik Tok yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.


Foto: IG

“Saya kini berada di ibu negara kerana sepatutnya saya perlu menjalani beberapa penggambaran dan juga promosi selepas menang Anugerah Tik Tok tempoh hari.

“Saya serahkan kepada syarikat pengurusan iaitu FYP Media untuk menguruskan segala kerja-kerja penggambaran yang perlu ditunda. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat kerana perlu menunda dan membatalkan beberapa kerja,”katanya kepada Utusan.

Berkongsi mengenai keadaannya, kata Ryan, dia mula menyedari mengalami demam campak selepas melihat terdapat benjolan-benjolan di kepala.




“Pada awalnya saya ingat ia cuma jerawat yang nak tumbuh. Tetapi, keesokannya saya dapati ada bintik-bintik muncul di muka dan badan. Saya terkejut kerana setahu saya, demam campak ini hanya dialami seseorang sekali seumur hidup.

“Ini saya dah dua kali terkena. Agaknya saya seorang yang istimewa,”katanya.

Dalam pada itu, Ryan berkata, dia menghargai setiap permintaan peminat yang sentiasa teruja menantikan bahan kandungan terbaharu daripadanya namun memohon agar memberi sedikit ruang untuknya pulih daripada masalah kesihatan.


“Buat masa ini biarlah saya berehat terlebih dahulu dan mahu pulih sepenuhnya memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Paling penting, saya terharu dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh peminat.

“Jangan risau, sebaik sahaja pulih nanti akan ada lebih banyak bahan kandungan menarik untuk mereka,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 8-9-2023 04:25 PM
istimewa apo?

kalau dah kena 2 kali, ada possibility kayap.
weols doakan cepat sembuh, content heols pun bukannya best
Quote Lolalala 8-9-2023 04:26 PM
Musim laaaa sekarang ni. Mak bapak zaman sekarang anak kena campak dia kuarantin x pegi skolah je. Tapi Dobi, kedai makan, playground boleh bawak anak ya. Vongok punya mak zaman sekarang
Quote Nanadjo 8-9-2023 07:29 PM
Ahh, takde maknanya istimewa, orang lain pun kena lebih dari 2 kali. Dah2 duduk diam2, netizen dan acik porum busy ni.
Quote sleepandream 8-9-2023 07:43 PM
yg heols kene dulu ciken pox kot...
Quote SalenaGomez 8-9-2023 08:01 PM
SG pernah tanya doktor. Xpelik pon ciken pon kena beberaa kali kalau kena jenis virus berbeza. Kalau virus yg sama maybe xkena dah.
Quote amyfaha 8-9-2023 08:54 PM
Kepam, berdaki, berkeladak, comot, jijik, kotor semua ada pada muuuu
Quote CiliPadiSedap 8-9-2023 09:01 PM
friska kena chiken chop
Quote j3m4h 9-9-2023 10:46 AM
Ajet2 tol mamat bedak nih..smp skrg xleh hadam ape yg kelakor kat dia nih…
Quote mohdcrow 9-9-2023 11:01 AM
demam campak masuk utusan?
Quote zuriey 9-9-2023 11:04 AM
Virus chicken pox ni mmg ada dlm badan kita kan cuma tak aktif je
Virus ni juga boleh sebabkan penyakit kayap
Quote ina_na 9-9-2023 02:45 PM
Aku kn setiap tahun..X de kecoh pun..bujet lebih je pulak dia ni...
Quote Natrisyia 9-9-2023 02:48 PM
Allahu.. semoga semua baik2 sahaja… tkt terkena dgn wife dia tgh preggy tu …. Bahaya untuk kandungan jika berjangkit
Quote azimodin 9-9-2023 03:57 PM
Aku pon kena 2 kali jugak, sebab virus yg duduk dormant dalam badan aktif balik. Kali ke2 tu masa umur 26, sakit yang amat ya. Sampai dalam mulut melepuh, makan bubur pon sakit. Hari2 makcik india tukang kemas rumah bawak daun neem buat sapu2 kat badan masa gatal.
Quote TomyamPuteh 9-9-2023 09:52 PM
Aku kena Covid 2 kali,Influenza sekali. Isrimewakah aku?
Quote menjad 9-9-2023 09:55 PM
Mgkin yg dulu tuh xhabih kluar bintik tuh so sambung kali ke2 pulak. Agaknya lah kan
Quote Kancilkering 9-9-2023 10:57 PM
bukan chicken pox sekali seumur hidup…cuba tny emak tu betul betul….
org tua tua kena chicken pox mau hitam muka dia buatnye parut banyak…siksa tgk
Quote edayildiz 9-9-2023 11:38 PM
i pun baru kena bln 5 aritu..nsb la sikit je dan suprising xnaik kt muka or lengan..sikit je kt dada ngan blkg..i jangkit kt klinik nganbbdk swkolah rendah ...skt hati tauu..hazabedah..
tp xtau adikk i or i yg kutip virus tu dr bdk tu..sbb i ngn adik i masa tu kitorg demam je pergi klinikk..sama dmm..pastu kitorg dk sblh bdk tu masa tgu giliran kt klinik...selang 2 mgu kitorg pulakk kena..
xde yg istimewa pun ryan oii
Quote edayildiz 9-9-2023 11:39 PM
oh campak tu lain ke ciken pox..i kena ciken pox
Quote Suchi 10-9-2023 08:47 AM
Campak ni mcm ruang merah halus2 miang kan?
Iols penah kena campak seminggu tak g keje.
Badan miang 24 jam seksa woii
Doktor bagi lotion calamine tu jela utk melegakan.
Dahla masa tu bulan puasa, gagahkan gak diri berpuasa.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035675 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top