|
Dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat di Labuan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.
Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi mStar pada Jumaat. "Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi. "Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya," katanya ketika dihubungi mStar. Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham. Fairuz semasa hayatnya terkenal kerana mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman P. Ramlee. Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012. Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan. -CARI Sumber: mStar
|
sayurmayur88: al fatihah, termasuk arwah ni, ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.252585 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.