Heboh tentang Marissa Dania Hakim, anak Norman Hakim dan Abby Abadi yang didakwa menjadi penyondol rumah tangga wanita bernama Misya. Terbaharu, Misya berkongsi video bekas suaminya, Aslam mendakwa Marissa ‘mengejar’ untuk kembali ke pangkuannya selepas dirinya bernekad untuk berubah dan menjadi bapa yang baik kepada dua anak.
Aslam mendedahkan perkara tersebut ketika bertemu dengan ahli keluarga Misya. Katanya dia sudah sebulan lebih cuba untuk berubah namun tidak berjaya selepas Marissa datang kembali dan mengakui perkara tersebut adalah kelemahan dirinya sendiri. “Sekarang ni Aslam nak main nama Allah pun tak boleh, semua tak percaya Aslam lagi dah, nak minta maaf pun dah tiada guna. “Tapi apa yang Aslam boleh cakap, semua ni selepas semua terjadi tu Aslam memang bernekad nak berubah. “1 bulan lebih macam tu dia datang balik kejar-kejar, Aslam tak boleh la itu kelemahan Aslam.
“Aslam tak boleh nak lawan kelemahan sendiri." Sebelum ini, tular ciapan dimuat naik oleh Misya di platform X mendakwa Marissa menjadi ‘penyondol’ rumah tangganya sehingga bercerai. Bukan itu sahaja, Misya turut memuat naik bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim. Bagaimanapun, Abby Abadi mempertahankan anaknya itu berdasarkan beberapa hantaran di Instagram Story (IGs). -CARI
|
she replied at 8-9-2023 03:27 PM
Pengecutnya laki ni
Betul2 lepas diri sorang
Kentot_Wangi replied at 8-9-2023 03:28 PM
Last2.. Si penyondol jugak dipersalahkan kerana mengejar2 laki dy. X berbaloi dik, ko dipersalahkan ...
ADVERTISEMENT