|
Bapa Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia pada malam Khamis. Berita pemergian Abdul Rahman dimaklumkan sendiri oleh Anna melalui hantaran di Instastory miliknya pada Jumaat.
Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian bapa kesayangannya itu. "Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi," katanya. Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa yang baik dan sentiasa memberi sokongan kepadanya. Anna turut memohon doa orang ramai dan bacaan al-Fatihah buat bapanya. "Anna mohon jasa baik anda semua sedekahkan Al-fatihah untuk arwah," ujarnya. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.088881 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.