Seorang usahawan wanita, Nurain Abdullah mendedahkan dia dan bekas suaminya tidak menemui jalan penyelesaian semasa proses sulh di mahkamah. Wanita itu kesal kerana bekas suaminya menawarkan sejumlah wang didakwa tidak relevan dengan perbelanjaan makan seorang anak.
"Dia nak bagi nafkah makan anak-anak saya untuk belanja makan seorang dicadangkan pada mulanya RM200 sahaja sebulan. Saya tak setuju, kemudian dia naikkan lagi RM250 sebulan dan saya masih tak setuju. "Sebab saya tuntut nafkah anak setiap orang itu tidak melampau. Kalau satu kali makan RM5 pun dengan tiga kali makan dah berapa..kali dengan sebulan pun dah berapa." Tambahnya, jumlah tuntutan nafkah yang dimohon adalah bersesuaian dengan keadaan kewangan bekas suaminya itu. "Saya tuntut tak sampai RM5 pun sekali makan sebab saya faham keadaan dia sekarang.
"Jadi dia tak terima tuntutan saya dan saya pun tak terima dengan pembelaan dia. "RM250 zaman sekarang ini makanan anak kucing lagi besar, nak bagi dekat anak aku..agak-agak la. Nurain juga mendedahkan bekas suaminya turut memberikan alasan bahawa dia perlu menanggung anak tirinya (anak isteri baru) namun lelaki itu dilihat sempat pula melancong bersama keluarga barunya. "Alasan dia tak mampu tapi masalahnya aku tengok ‘enjoy’ je laki bini, jalan ke sana ke sini, melancong.. tapi kata tak mampu. "Dia bagi alasan yang dia ada tanggungan lain, dua orang..anak kandung dengan isterinya sekarang dan anak tirinya. "Kau nak tanggung anak tiri kau terpulanglah, cuma jangan sampai hak anak kandung kau kurangkan." Dalam masa yang sama, bekas suami usahawan tersebut juga menawarkan dirinya untuk menjaga anak-anak mereka bagaimanapun wanita itu mendakwa itu hanyalah helah semata-mata. Dia kata ‘tak apa kalau macam itu biar anak duduk dengan aku’. Tapi aku tahu niat kau, kau nak ambil anak. Bila dah besar kau nak ambil balik, masa kecil kau serah dekat aku." -CARI |
zehra2: mungkin bini baru sponsor perc ...
zehra2 replied at 8-9-2023 03:08 PM
mungkin bini baru sponsor percutian tu. ex laki tu menenggek je
Antifake: My ex bagi 300 aje. Betullah k ...
ADVERTISEMENT