CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dia Yang Paksa Najib Letak Jawatan, Baru Sekarang Mengaku Najib Ada Nilai Tambah," Puad Perli KJ

8-9-2023 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4465| Komen: 27

PETALING JAYA – "Dia yang paksa Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan. Baru sekarang mengaku Najib ada nilai tambah," sindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu bakar.


Menurutnya mantan Ketua Pemuda UMNO itu sebenarnya tidak suka Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO dibebaskan dari penjara.

Foto: Kosmo

“Sebenarnya KJ (Khairy Jamaluddin) tidak puas hati Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) lepas (kes mahkamah). Sebab itu ikhlaskah KJ supaya Najib bebas?

“Selama ini dia tidak pernah bersimpati dengan kes Najib. Menurut KJ lagi, Najib ada nilai tambah kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Zahid tidak ada. KJ silap jika nilai tambah jadi alasan untuk bebaskan Najib.

“Ini bukan soal nilai tambah. Ini soal selective prosecution (pendakwaan terpilih),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.


Khairy Jamaluddin semalam mendakwa pembebasan Najib akan membawa nilai lebih besar kepada Kerajaan Perpaduan berbanding pembebasan Ahmad Zahid.

Mohd. Puad seterusnya mengingatkan Khairy Jamaluddin bahawa UMNO bangkit kerana konsensus dan istiqamah, bukan kerana nilai tambah sahaja, populis dan ‘keluar sekejap’. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 8-9-2023 01:13 PM
Najib, Zahid, kj. Ni semua org2 x bleh pakai. Kj plk acah2 mcm Tau semua bnd.
Quote Antifake 8-9-2023 02:34 PM
Kalau compare dengan yang sekarang kj rasa lebih baik sikit kot.
Quote krisp 8-9-2023 02:40 PM
Bukanke si KJ ni just being sarcastic?
Quote haruslah 8-9-2023 02:44 PM
Ni cth tua x boleh diajar
Kan ke kj bandingkan Najib vs zahid
Alaaa bongok nyer

Yg bebas beramai2 ni bukan pendakwaan terpilih ke?
Tu kes bung sana....terang2 dpt reward
Ehhhhhh

Quote helicornia 8-9-2023 03:38 PM
ya rabbi bodo jugak pacik poad ni
KJ tu sakarstik le
Quote antikorok 8-9-2023 03:42 PM
Moga KayJeh tak akan masok2 politik lagi. Cukop waktu jd MenKeykeyEem isu air terpaling sochi konon kalis api nuraker tu.

Sampai mati haku akan ingat yach!!!!
Quote mamajawie 8-9-2023 03:51 PM
jangan perli2 KJ kang adik2 acik2 fanatik DJ KJ mrah sampai x ckup tanah chuollss lari..
Quote grouper 8-9-2023 03:53 PM
Sebab tu atok nak mansuhkan je umno
Quote Nizleen86 8-9-2023 07:53 PM
Ko tengok ke tak podcast tu puad oiii..ni lah org mesia selalu baca tajuk je lepastu pakat kutuk. Kihkihkihkih
Quote manop 9-9-2023 02:31 AM
ular ni sama mcm saddick itew
Quote amarakasih 9-9-2023 04:49 AM
krisp replied at 8-9-2023 02:40 PM
Bukanke si KJ ni just being sarcastic?

Kan…tu pun tak tau
Quote stingerpressor 9-9-2023 05:23 AM
Edited by stingerpressor at 9-9-2023 05:25 AM
krisp replied at 8-9-2023 02:40 PM
Bukanke si KJ ni just being sarcastic?


Tak ada unsur sarcasm langsung but rather the reality...given to choose the lesser of the two evils...iteww je....antara jibun and komedi...@kimakruk akan elaborate more

Ko Dulu ambik STPM tak?
Quote kemaruk 9-9-2023 10:31 AM
Najib.. bila dia ada dibenci

Bila dia tiada dirindui
Quote juboqhang 9-9-2023 11:47 AM

Quote Body_language 9-9-2023 11:49 AM
KJ sarcastic je kot. Dlm podcast tu sinis giler nada dia ckp Najib ada nilai tambah. Ni la jadi bile politician sebebal twitter bubble baca headline berita je
Quote Kuin-Kepam 9-9-2023 12:31 PM

Quote naj13 9-9-2023 06:38 PM
Sengal betul pokcik ni.. sarkastik pun x boleh nak beza
Quote Orenn1 9-9-2023 06:53 PM
Whatever it is, KJ pun takleh pakai sgt. Kasa jadi menteri kkm, bukan main ugut nak susahkan rakyat yg tak ambil vaksin, bodoh punya menteri ckp mcm tu dgn rakyqt. Ujung2 kalah pilihanraya, cashhhh ko kohkohkohhhh
Quote menjad 9-9-2023 06:56 PM
Ntah dorang faham ker tak KJ cakap apa? Faham x yang nak disampaikan tuh. Hahaha. Amik point tuk hentam jer nih

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.154713 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top