CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakak Nafi Remaja Hilang Mangsa Pukau, Kembali 'Normal' Bila Di Rumah

8-9-2023 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3224| Komen: 2

Remaja perempuan Dinna Ismalaily Suhaidi, 15, atau Lily yang dilaporkan hilang sejak 25 Ogos lalu dijumpai di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, jam 9.26 malam, Khamis.

Kakaknya, Dialiesa Irdina, 18, memaklumkan keadaan Lily pada masa ini dalam stabil tetapi dibawa untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang trauma dengan situasi yang dialami itu.


Foto: mStar

"Orang awam jumpa dia dekat perhentian bas di Ayer Hitam. Kami dihubungi melalui WhatsApp.

"Semasa jumpa, dia berada dalam keadaan blur dan tak ingat apa-apa... Lily pun baru saja dibawa ke hospital hari ini (Jumaat)," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurutnya lagi, Lily diambil oleh ibu dan ayahnya selepas mendapat perkhabaran gembira tersebut.

Walaupun mengenali ibu dan ayah ketika ditemui, dia enggan bercerita tentang kejadian yang berlaku sebaliknya hanya menyatakan 'tidak tahu' meskipun ditanya pelbagai soalan.


Tambah Dialiesa, adiknya masih memakai pakaian yang sama seperti kali terakhir dilihat sebelum dilaporkan hilang.

Dia juga menafikan kemungkinan Lily menjadi mangsa pukau kerana keadaan adiknya itu kembali seperti biasa apabila tiba di rumah.

"Kalau ikut pendapat saya, mungkin tidak (dipukau) sebab apabila dekat sana dia cakap tak tahu seakan blur dengan keadaan dan mungkin takut orang marah.

"Apabila balik ke rumah, dia back to normal... boleh bercakap dan makan tapi masih tertutup lagi (enggan bercerita)," tambahnya.

Dalam pada itu, Dialiesa dan keluarga sekeluarga menzahirkan rasa syukur kerana Lily akhirnya ditemui dalam keadaan selamat.

Sebelum ini mStar melaporkan Dinna Ismalaily yang berasal dari Kluang hilang sejak 25 Ogos lalu.

Sejak itu, keluarganya tidak pernah berputus asa untuk keluar mencari anak mereka dengan hanya menaiki motosikal berpuluh-puluh kilometer dari rumah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.064002 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top