|
MeleTOP membawa satu kejutan istimewa buat Hawa Rizwana ketika program tersebut bersiaran secara langsung pada Selasa lalu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya pada 7 September. Hawa yang pada mulanya beranggapan pelawak Achey yang hadir sebagai tetamu ingin membuat satu pengumuman khas, rupa-rupanya ia satu kejutan untuknya.
Salah seorang rakannya dalam program Realmen Malaysia iaitu Eric Lay datang bersama sejambang bunga sebagai satu kejutan buatnya. “Saya tengah gementar… Hawa, happy birthday. Saya nak ucapkan selamat hari lahir dan sentiasa dalam keadaan baik. Dan yang paling penting, tolong senyum sebab I love your smile,” kata Eric.
Hawa yang dalam keadaan terkejut memberitahu kepada Eric yang ibu bapanya juga sedang menonton program tersebut. “Awak tahu ibu bapa saya menonton ini? Cakap sesuatu kepada ibu bapa saya,” seloroh Hawa.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.094885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.