Abby Abadi akan tampil membuat penjelasan berkenaan isu yang ada kaitan dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim. Katanya buat masa ini dia membiarkan netizen mengulas mengenai isu yang sedang tular itu sebelum dia tampil membuat penjelasan.
"Tentang isu yang viral ini, tidak mengapa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya, nanti saya jawab. "Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menunding jari pada orang ini," katanya. Abby membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya sambil memuat naik foto bersama anak perempuannya itu.
Ia selepas tular satu posting daripada seorang wanita anak dua yang mendakwa rumah tangganya musnah akibat orang ketiga. Wanita itu mendakwa dia sudah memberi peluang sebanyak tiga kali kepada suaminya dan gadis itu mengakhiri hubungan mereka namun ia tidak diendahkan. Wanita itu turut meluahkan rasa kesal disebabkan tindakan itu dua anaknya hilang kasih sayang daripada bapa mereka. Usaha mStar menghubungi Abby dan bapa kepada Marissa iaitu aktor Norman Hakim bagi mengulas lanjut isu itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dibalas. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT