Aksi Datin Intan Najuwa lincah memasak di dapur mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya kagum dengan kebolehannya menyediakan hidangan buat suami. Intan berkongsi video sedang memasak sup ikan jenahak buat suami iaitu Datuk Ahmad Asrad Azman yang dikatakan tidak sihat.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat Intan tidak kekok menumis dan memasukkan bahan-bahan membuat sup berkenaan. Malah aksinya itu membuktikan dia sudah biasa dengan kerja-kerja di dapur. "Sup ikan jenahak buat suami saya yang tidak sihat," tulisnya sebagai kapsyen. Intan tidak lokek ilmu berkongsi resepi mengikut caranya tanpa menggunakan sup bunjut.
"Sup saya mudah saja dan sup bunjut pun memang saya tak guna," kongsinya. Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemahirannya berada di dapur. Mereka juga mengakui Intan sememangnya layak mendapat hantaran tinggi kerana memiliki ciri-ciri isteri terbaik. "Ini baru berbaloi hantaran mahal! Pandai, cantik dan memasak pun hebat. "Serba boleh betul! cantik pandai masak pandai jaga perut suami. Susah nak cari macam ini.
|
Cpkay replied at 8-9-2023 11:15 AM
nak masak tu .. rambut tu kemaskanlah .. ikat ..kang ada pulak gugur selai dua dalam sup tu nanti
iznanaziz replied at 8-9-2023 11:36 AM
aku pun nak ckp mcm tu gak.
ikatla rambut sb nak memasak kan.
tak yah la pikir lawa je bila nak me ...
Cpkay replied at 8-9-2023 12:15 PM
nak masak tu .. rambut tu kemaskanlah .. ikat ..kang ada pulak gugur selai dua dalam sup tu nanti
sayurmayur88 replied at 8-9-2023 10:38 AM
xde komen lagi ke thread ni ????
ADVERTISEMENT