CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Penyondol’ Toreh Wajah Isteri Guna Pisau

7-9-2023 09:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2789| Komen: 2

Bangkok, Thailand: Seorang wanita di Chiang Mai, utara Thailand diserang oleh kekasih gelap suaminya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wajah mangsa cedera, lapor laman berita Thaiger hari ini.


Wanita hanya dikenali sebagai A dan berumur 40 tahun itu mempunyai tiga orang anak bersama suaminya, B. 

Anak saudara A memuat naik gambarnya di Facebook yang menunjukkan keadaan mukanya yang cedera selepas diserang. – Facebook

Dia mendapat tahu mengenai kecurangan B bersama rakannya sendiri, C, setahun yang lalu. Mereka  belum bercerai meskipun dia kerap dipukul oleh suaminya.

Konflik rumah tangga mereka bagaimanapun mencapai kemuncak dalam kejadian Isnin lalu apabila A pergi ke rumah C semasa suaminya berada di kediaman tersebut.

Dia bertindak demikian untuk meminta suaminya mengembalikan telefon bimbit anak mereka yang dibawa bersama.


C  yang berang dengan tindakan tersebut,  mengheret A masuk ke rumahnya sebelum dia bersama-sama anak lelakinya dan B membelasah mangsa.

Dalam pertengkaran itu, C mengambil sebilah  pisau di dapur lalu menoreh muka A. Mangsa diselamatkan jiran yang mendengar kekecohan tersebut.

Menurut seorang anak saudara A, dia membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan selepas menerima rawatan.

Pegawai Balai Polis Wiang Hang, Charnchai Penchaiya berkata, pihaknya masih belum menerima aduan rasmi daripada mangsa dan percaya, penyelesaian boleh dicapai antara ketiga-tiga mereka. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 7-9-2023 11:00 PM
Pegawai Balai Polis Wiang Hang, Charnchai Penchaiya berkata, pihaknya masih belum menerima aduan rasmi daripada mangsa dan percaya, penyelesaian boleh dicapai antara ketiga-tiga mereka.

Mcm bodoh je la polis sana. Dh toreh muka kne belasah camtu boleh ckp xde aduan rasmi.. elok mati jela acik A tu kalau mcm ni pny undang2

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.035646 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top