CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Lelaki Ditahan Disyaki Culik, Bunuh Kenalan

7-9-2023 09:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2643| Komen: 2

Kuala Lumpur: Empat lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes culik dan bunuh kenalan sebelum meninggalkan mayat mangsa di dalam sebuah kereta berhampiran stesen minyak di Batu 14, Puchong, semalam.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung kehilangan anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu, Isnin lalu.


“Pengadu memaklumkan mangsa disyaki dilarikan sekumpulan lelaki yang dikenali dari kawasan perumahan Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Cheras, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran laporan tersebut, Allaudeen memaklumkan pihaknya berjaya menjumpai mangsa berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14, Puchong, semalam.

“Bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan, sekitar pukul 12.55 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Cheras membuat tangkapan ke atas empat suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 27 hingga 35 tahun.


“Kesemua suspek yang ditahan memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah,” ujarnya.

Menurut beliau, kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga Ahad dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Kes kematian suspek disiasat IPD Subang Jaya di bawah Seksyen 302 kanun yang sama atas kesalahan membunuh.

“Usaha lanjut sedang diteruskan untuk mengesan dua suspek yang masih bebas,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-9-2023 08:51 AM
Hoh sadisnya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.051079 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top