KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menerima tiga lagi laporan membabitkan kes dera kanak-kanak di sebuah pusat jagaan Kanak-Kanak, Bandar Seri Permaisuri Cheras. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan berhubung kejadian hampir lengkap dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
“Kita menerima tiga laporan tambahan di pusat jagaan sama. Setakat ini, semua keterangan telah diambil. Bagi kecederaan yang dialami kanak-kanak terlibat, kita tunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Program Rawatan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina anjuran Polis Kuala Lumpur dan Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupuntur Malaysia (FCPAAM) di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memberitahu tiga laporan berkenaan dibuat oleh penjaga sebaik sahaja video dera berkenaan tular di media sosial.
“Ibu bapa bertindak menyoal anak-anak mereka dan seterusnya membuat laporan susulan,” jelasnya. Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengalami kecederaan pada dahi, kedua-dua belah pipi dan calar di tangan selepas didera pengasuh wanita di sebuah pusat jagaan tersebut. Dua klip video berdurasi satu minit dan 56 saat tular di media sosial dan berjaya dikesan pihak polis kira-kira pukul 9.39 pagi, Selasa lalu. – CARI Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 7-9-2023 07:57 PM
Hantor le taska yang ada approval jabatan kebajikan tu.... nak jimat hantar pengasuh merepek merata ...
noell replied at 7-9-2023 08:16 PM
dia bayaq rm1300 sorg anak kat taska tuh kira bkn taska cap ayam la sis siap ada cctv setiap bilik ...
green~tea replied at 7-9-2023 07:57 PM
Hantor le taska yang ada approval jabatan kebajikan tu.... nak jimat hantar pengasuh merepek merata ...
green~tea replied at 7-9-2023 08:19 PM
La ye ke.. dalam video ke kat mana dia mention/ tulis 1300 tu?
krustykrab replied at 7-9-2023 08:19 PM
https://loveandlaugh.care
Ni taska yg dia htr anak dia tehijau. Bukan calang² murah..internasona ...
krustykrab replied at 7-9-2023 08:19 PM
https://loveandlaugh.care
Ni taska yg dia htr anak dia tehijau. Bukan calang² murah..internasona ...
green~tea replied at 7-9-2023 08:45 PM
Sadis nya pengasuh kat taska level internasional begituh tgk pengasuh cam kepam je..
Mesti majik ...
noell replied at 7-9-2023 08:20 PM
bkn ada poremer dh bukak ka topic neh tuh yg i baca ka i baca ka ig??
green~tea: Hantor le taska yang ada approval jabatan kebajikan tu.... nak jimat hantar pengasuh merepek merata mmg ko gamble je la nasib anak2 tu
ADVERTISEMENT