CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Bangga Dan Terharu Aafiyah Suka Tolong Rakan OKU

7-9-2023 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3578| Komen: 15

Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila mendengar kisah  Siti Aafiyah Datuk Khalid yang rajin membantu rakan Orang Kurang Upaya (OKU) ketika di sekolah.

Menerusi sebuah video temubual Siti Nurhaliza bersama Mingguan Wanita, pelantun lagu Sehebat Matahari ini tidak menyangka anaknya gemar membantu rakannya itu.


Foto: IG

“Saya tak boleh lupa sebab anak kita kan, saya tak sangka. Di sekolah Affiyah ada seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia pakai wheelchair.

“Cikgu kata Aafiyah yang akan bantu dia ambil air, banyak perkara dia bantu.. saya masa tu MasyaAllah, Aafiyah bagusnya,” tuturnya,

Jelasnya lagi, antara perkara yang paling utama apabila menjadi seorang ibu bapa adalah untuk mempunyai sikap yang baik agar boleh menjadi teladan buat anak-anak.

“Kadang-kadang benda ni yang kita kena terapkan kepada anak-anak. Seperti ibu kena tunjuk contoh yang baik, supaya anak-anak boleh melakukan perkara yang sama,” ujarnya lagi.




Di ruangan komen, ramai yang terharu mendengar kisah anak pelantun lagu Cindai ini.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza hangat menjadi perbualan ramai apabila tular keperibadian murninya yang telah menghulurkan bantuan menampung kos rawatan pembedahan jantung kepada individu tidak dikenali.


Susulan itu, penyanyi Faizal Tahir juga turut mendedahkan Siti Nurhaliza seorang yang tidak berkira dan sering memberi bantuan secara senyap.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza ini adalah antara kalau boleh saya nak cakap Hamba Allah, manusia yang paling baik pernah saya jumpa.


“Hati dia tu Allah sahaja yang tahu, dia antara orang yang senyap-senyap sokong daripada belakang ketika saya pergi ke misi membantu pelarian di Syria.

“Ini adalah contoh yang rasa saya yang Malaysia perlu dibanggakan, perlu dicontohi. Buat benda baik tak perlu secara senyap, tak perlu bisingkan,” ujarnya ketika di konsert Faizal Tahir baru-baru ini. -CARI

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 8-9-2023 02:24 AM
Aafiyah ni mmg nampak budak baik
Quote rosedemon 8-9-2023 09:00 AM
sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote sleepandream 8-9-2023 01:17 PM
semoga tokti dapat tan sri satu hari nanti
Quote KamikuP 8-9-2023 05:03 PM
Moga tak membesar mcm anak Norman Hakim. Kecik2 comey alim.. dah besar yaaa apornnn
Quote Sazreena 8-9-2023 09:34 PM
Watevaaa la mak itik..
Quote Suchi 8-9-2023 09:36 PM
Tokti ni ada anak buah autisme tp ermm tak penah nampak tokti terlibat dlm kempen kesedaran autisme ke apa.
Quote Rogue98 8-9-2023 09:41 PM
X de video takyah lah cerita... ntah2 cikgu tu nak kipas jer atau nak claim credit.
Quote fossil 8-9-2023 09:57 PM
yg kecik tu mcm muka billy piyu
Quote lazim 8-9-2023 10:06 PM
Suchi replied at 8-9-2023 09:36 PM
Tokti ni ada anak buah autisme tp ermm tak penah nampak tokti terlibat dlm kempen kesedaran autisme  ...

ank sape yg autism tu
Quote Suchi 8-9-2023 10:32 PM
lazim replied at 8-9-2023 10:06 PM
ank sape yg autism tu

Anak adik dia yg lelaki
Yg duk kat lipis jaga mak dia tu.
Dulu adik dia tu penah duk cheras gak.
Iols kenal wife adik dia tu
Penah sembang2 kat pm masa tu taktau pun dia adik ipar siti tu, kenal pun melalui group autisme malaysia tu.
Bila friend kat ig baru tau rupanya adik ipar siti.
Quote emera 8-9-2023 10:39 PM
Sempena kisah meletopsss hari ni, aku mmg teringat kat si piyah.. mak ko penyondol piyah, jgn ko ikut perangai mak ko ye. Muka ko below par tapi ko kaya, ada harapan laki orang nak dekat dgn ko terutama lelaki bewok. Acik kasi warning je.
Quote AWEKSAMURAI 9-9-2023 03:19 AM
DeLuna85 replied at 8-9-2023 02:24 AM
Aafiyah ni mmg nampak budak baik

Dlu ank yebby si Mrissa pun netizen ckp mcm ni juga hahaha
Quote DeLuna85 9-9-2023 07:10 AM
AWEKSAMURAI replied at 9-9-2023 03:19 AM
Dlu ank yebby si Mrissa pun netizen ckp mcm ni juga hahaha

Tak termasuk aku ye haha. Pasal nampak mcm mak bapak masa muda kemain berjimba tapi anak kena paksa jadi solehah tapi mulut mak bercakap masih lancang.
Quote September14 9-9-2023 07:38 AM
Semoga tdk mngikut prngsi emaknya nyondol

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053203 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top