CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Dipuji Isteri Yang Cekap Urus Rumah Tangga- Bangun Awal Jam 5 Pagi Untuk Masak, Siapkan Suami Dan Anak-Anak

7-9-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5359| Komen: 27

Isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi rutin hariannya menjadi suri rumah.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Watie mula bangun seawal jam lima pagi untuk menyediakan sarapan sementara menunggu suaminya bersiap untuk ke kerja.


Foto: IG

Jam 7 pagi, Watie akan menghantar anak-anaknya ke sekolah sambil berborak-borak sepanjang perjalanan itu.

Sebelum jam 7 petang, Watie akan memasak makan malam buat mereka sekeluarga.



“Okay ini lah dia rutin harian mommy sebenarnyanya. Start dari jam 5 pagi, ni belum termasuk lagi kalau tiba-tiba mommy kena jadi supir (driver) daddy… 1 hari suntuk.

“Tapi mommy suka saja sebab tempat isterikan di sisi suami. Aaa gitcheww,” tulisnya di kapsyen.


Di ruangan komen, ramai yang memuji Watie seorang isteri yang sangat baik dan taat kepada suami.

Ramai juga dalam kalangan netizen yang terharu melihat keserasian dan kemesraan Watie bersama anak-anak.


Tidak kurang juga selebriti, Sharifah Shahirah turut memuji Watie seorang isteri yang sangat cekap.

Sebelum ini, Watie mendedahkan suaminya, Shuib gemar melihat wajahnya memakai alat solek setiap kali mereka keluar bersama.



Sekadar info, Shuib dan Watie sah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Siti Sarah pada 27 Feb 2011.


Allahyarham Sarah bagaimanpun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat wabak COVID-19.

Hasil perkahwinan pasangan ini mereka mempunyai empat cahaya mata. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 7-9-2023 07:42 PM
Padan muka kawin pakej dpt ank tiri. ko tak sedar ke wati ko sekadar bibik utk soeb dan ank2
Dlm hati soeb tetap ada arwah kan
Dia perguna ko je
Quote opie5662 7-9-2023 07:46 PM
Soeb ni paspot kene tahan mcm editkanal jgk ke. Duit byk takkan hanimun dlm mesia je. Gi la main golf kat indo ke.. Kat siam ke... Watie takkan tak teringin
Quote Nizleen86 7-9-2023 10:56 PM
Asal bila berlaki je sibuk nak pahala nak pahala. Dr kecik sampai membesar takde pulak ko sibuk kejar pahala terutama utk parents ko. Ayah ko yg menanggung dosa ko seksi seksa. Asal dh kawin baru nak tutup aurat, kejar pahala demi suami.
Quote kalchi 7-9-2023 11:12 PM
Extension bulu mata tu mmg kene pakai gak ke
Quote Aishwarya1707 8-9-2023 01:26 AM
Pandai soeb carik binik.. pompuan yg rajin & suka ngan budak2 ni mmg payah nak cari zaman ni.. huhu
Quote rosedemon 8-9-2023 09:00 AM
skati ko la sebok nk kejar pahallaaaa pui
Quote airmineral 8-9-2023 09:11 AM
Nizleen86: Asal bila berlaki je sibuk nak pahala nak pahala. Dr kecik sampai membesar takde pulak ko sibuk kejar pahala terutama utk parents ko. Ayah ko yg menan ...



yg jenis kiblat kt medsos ni
mmg gebang sana sini pahala ek
patut buat kerja utk pahala tu diam2 je la
lagipun perkahwinan tu kan amanah dan tggjwb
ape benda nak gebang pahala sana sini
pasal dosa xde pulak disebut2

Quote airmineral 8-9-2023 09:11 AM
kalchi replied at 7-9-2023 11:12 PM
Extension bulu mata tu mmg kene pakai gak ke

ada yg jenis tanam terus ke kat mata tu?


Quote babelina 8-9-2023 09:29 AM
Dh kata dulu menjaga adik beradik yg OKU.. msti la taw urus kn rumah tga juga.. lg ssh urus org OKU dari family nie kn.. lgpn ko mmg dh taw apa yg bakal di hadap.. xyh la nk over sgt.. semua isteri pn camtu aku rasa.. so x pelik.. over la!!!
Quote gold_teeth 8-9-2023 09:43 AM
Yg baby xstay ngn diorg ke? Tiberr aku jd netizenn kepochi
Quote katakauu 8-9-2023 09:50 AM
ingat jd tai tai
rupanya kena bgn 5 pg
Quote HoneyManjer 8-9-2023 10:32 AM
dahb berlaki gituh la kekdahnya...
tambahan pulak pakej dgn anak2 skali...
Quote LadyWhistledown 8-9-2023 10:35 AM
alhamdulillah. semoga terus istiqamah menjadi ibu yang baik kepada anak2 arwah sarah..
Quote naina 8-9-2023 10:35 AM
Huhu percayalah lama2 nanti dia burn out jugak
Tapi apa dehal duit banyak anytime boleh hang out dengan kawan2 healing2
Kita padanlah tu kwen tinggal cuci kaki je takyah dah susah2 macam dengan arwah dulu..
Kesenangan datang sekali dengan ujian berpenat lelah.
Quote kalchi 8-9-2023 10:35 AM
airmineral replied at 8-9-2023 09:11 AM
ada yg jenis tanam terus ke kat mata tu?

Taktau pulak i tapi nampak buruk la. Intan najuwa pon salu sgt pakai
Quote LadyCarefree 8-9-2023 11:24 AM
Nizleen86 replied at 7-9-2023 09:56 PM
Asal bila berlaki je sibuk nak pahala nak pahala. Dr kecik sampai membesar takde pulak ko sibuk keja ...

Ugama apa ni bapak tanggung dosa anak? Not Islam for sure.
Quote LadyCarefree 8-9-2023 11:25 AM
kalchi replied at 7-9-2023 10:12 PM
Extension bulu mata tu mmg kene pakai gak ke

Lama2 nanti tanggal. Bulu tu digam je.
Quote kucingitam 8-9-2023 12:07 PM
aku pun tiap hari bangun kol 5 masak bekal utk anak2, lunch utk laki, anak2..taknak puji ke?
Quote LadyCarefree 8-9-2023 12:35 PM
iols lagi best. Bangun ikut suka. Nak buat apa pun ikut suka. Duit sendiri ada, duit suami ada nak buat apa pun ikut suka. Nak kerja pun ikut suka. Koser nak jadi maid sekaligus nanny pulak.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.070172 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top