CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Pergi Makkah, Terpaksa Tinggalkan Dini Schatzmann Dua Minggu "Tak Manis Pula Nak Bawa Suami"

7-9-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4596| Komen: 11

Lebih dua bulan kahwin, Janna Nick akan berjauhan selama dua minggu daripada suaminya, Dini Schatzmann kerana menjalani penggambaran drama Surat Dari Tuhan di Tanah Suci Makkah.

Janna akan berangkat ke Tanah Suci pada 10 September ini dan secara tidak langsung pertama kali meninggalkan suami tersayang dalam tempoh lama di atas urusan kerja.


Foto: IG

"Dua minggu akan tinggalkan Dini di Malaysia sebab pergi ke Makkah untuk urusan penggambaran drama. Tapi, kita pun pergi ke tempat suci untuk beribadah, selain pada masa sama bekerja juga.

"Sebenarnya, nak bawa Dini sekali. Tapi, sebab benda ini pun atas dasar kerja, jadi saya rasa ia macam tidak manis kalau nak bawa suami. Pada saya, kerja tetap kerja dan kalau betul-betul nak pergi beribadah, nanti kita pergi lagi," katanya kepada Harian Metro.


Janna yakin untuk meninggalkan seketika suaminya dan berharap semua baik-baik saja sehingga kembali semula ke tanah air.

"Selepas majlis perkahwinan kami, ini adalah kali pertama terpaksa berjauhan dengan Dini dalam tempoh yang lama. Lagi pula, Dini perlu membantu saya menguruskan sesi latihan pelakon untuk Teater Muzikal Kanak-Kanak, Pak Pandir & Labu Ajaib.


"Teater ini akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 13 hingga 15 Oktober depan. Jadi, kami ada jadual masa latihan yang terhad iaitu kira-kira sebulan saja sebelum pementasan berlangsung. Apapun, semoga semuanya lancar," katanya.

Mengenai karakternya dalam drama Surat Dari Tuhan itu, Janna berkata, dia berlakon sebagai antagonis yang paling jahat sekali. Katanya, dia juga sudah faham watak itu akan mengundang kebencian ramai.


Terdahulu, Janna selamat bernikah dengan Dini yang juga pelakon di Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu dalam acara serba meriah dihadiri ibu bapa, keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat yang diundang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 8-9-2023 08:10 AM
waa produksi mana ni smp ke mekah buat shooting?
mesti byk keje nk buat official letter kat saudi..
dah ler nk renyah keje2 documentation.
Quote jlo 8-9-2023 08:12 AM
all the best janna ... berseri dia pakai baju kaler oren tu
Quote rosedemon 8-9-2023 08:57 AM
ok soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote September14 8-9-2023 09:10 AM
Mcm janna lak yg somi

Quote babelina 8-9-2023 09:35 AM
x manis katanya.. masa lum kawin bw g mn2 xper.. hahaha
Quote katakauu 8-9-2023 09:47 AM
babelina replied at 8-9-2023 09:35 AM
x manis katanya.. masa lum kawin bw g mn2 xper.. hahaha

sama dlm otak aku time baca hahahahah

Quote Binodino 8-9-2023 10:02 AM
babelina replied at 8-9-2023 09:35 AM
x manis katanya.. masa lum kawin bw g mn2 xper.. hahaha

Ghisau terjimak la tu agaknya.

Eh tapi kalau bukan dalam ihram boleh je kan?
Quote naina 8-9-2023 10:31 AM
Hahaha.
Lagi baik bawak suami kau terang2 pelindung kau nombor 1 dan elak fitnah.
Bodo lah otak retis ni eh
Pasal agama semua tolak tepi
Asal boleh buat duit
Quote mamajawie 8-9-2023 11:04 AM
babelina replied at 8-9-2023 09:35 AM
x manis katanya.. masa lum kawin bw g mn2 xper.. hahaha

baru nk ckap benda sama..ahahhaa

Quote kucingitam 8-9-2023 12:22 PM
tak manis sbb pergi atas urusan kerja.. kau kerja pastu  nak bawa satu keluarga apahal.. elok2 company boleh sewa bilik utk kau dgn staff pompuan lain, sebabkan kau nak bawa laki, kena plak company bayar extra utk book bilik utk staff yg patut share dgn kau... gitu lah maksudnya..
Quote babelina 8-9-2023 02:35 PM
Binodino replied at 8-9-2023 10:02 AM
Ghisau terjimak la tu agaknya.

Eh tapi kalau bukan dalam ihram boleh je kan?

ye la kot.. kata nk beribadah.. tp ntah la.. i ols x taw sgt..
kot2 acik2 forem taw.. bole bg pencerahan..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042274 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top