|
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video memaparkan momen manis mereka. Video pendek berdurasi 20 saat itu dimuat naik oleh salah seorang ejen tudungnya, Wawa Scarves yang memaparkan pasangan ini sedang membuat video bersama.
Difahamkan video tersebut seperti video lama yang dimuat naik semula oleh ejen tersebut untuk mempromosikan tudung Wawa Scarves keluaran bersama Wawa x KimNi in Bali. Menerusi video itu, Wawa dan Aeril yang sedang berpelukan ketika berada di pantai pada waktu senja itu disakat oleh pekerja-pekerjanya agar mereka bercium. Lalu bibir mereka bersentuhan dalam beberapa saat dan masing-masing tersipu malu melakukan aksi tersebut di khalayak ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pasangan ini yang sentiasa romantis bersama. -CARI Sumber: XTRA
|

MilanAdelynn replied at 8-9-2023 06:44 AM
Ah mampos la ini. Lagi penting gosip anak yebbi yabadi sondol laki org.
she replied at 8-9-2023 01:29 AM
Siapalah yang memuja deme dua nih
Content takde yang menambah ilmu
MilanAdelynn replied at 8-9-2023 06:44 AM
Ah mampos la ini. Lagi penting gosip anak yebbi yabadi sondol laki org.

Binodino replied at 8-9-2023 06:53 AM
Buka la thread, kaka. Gitu iols hasut di pagi jumaat
nura19 replied at 8-9-2023 07:04 AM
Sedia membaca...hehehe tgk kat X tp x berani nk up kat sini...adehhh siap check in pulak

Binodino replied at 8-9-2023 08:16 AM
Eh dah ada thread la. Laju acik porem buat kerja
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewth ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042218 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.