Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yang menunjukkan dua saksi pendakwaan memberikan wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin melalui isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam keputusannya berkata mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding. Dua saksi pendakwaan berkenaan adalah ejen Public Mutual iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid. Azhar berkata, sehubungan itu ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah. "Dengan itu, keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan. "Saya dengan ini mengguna pakai Seksyen 325 Kanun Prosedur Jenayah bagi melepas dan membebaskan kedua-dua pemohon," katanya.
Azhar berkata demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menyemak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob yang memerintahkan mereka membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Selepas keputusan mahkamah itu, Bung Moktar dan Zizie Izette yang berada dalam kandang tertuduh, menangis dan berpelukan.-CARI Sumber: Berita Harian
|
Incanto replied at 7-9-2023 05:26 PM
kesian bijan masih duk sorang kat Kajang
takde siapa geng nak teman
Shahman86 replied at 7-9-2023 07:04 PM
Bijan pon dok dlm tu bukan dlm penjara biasa.dia ada akses internet semua tu.makan pon bukan makan ...
ADVERTISEMENT