CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kecewa Hospital Lambat Bertindak, Anak Dua Kali Sawan

7-9-2023 03:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2971| Komen: 2

Petaling Jaya: Seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan layanan sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang kerana lambat bertindak ke atas kes kecemasan anaknya.

Berkongsi kisah tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurul Izzah mendakwa, anaknya terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.


Gambar hiasan

Jelasnya, dia ke hospital berkenaan kerana anaknya sawan dan dia terpaksa menunggu dari pukul 11.30 pagi sehingga pukul 3.30 petang untuk mendapatkan rawatan.

“Anak saya kena sawan pagi tadi dan ‘refer’ ke hospital pukul 11.30 pagi. Lepas tu terus masuk ke bahagian kecemasan zon kuning.

“Sampai jam 3.30 petang baru ada doktor datang tanya itu ini dan ambil darah. Itu pun sebab saya bising kuat-kuat dengan pesakit sebelah.

“Sebelum tu tak ada siapa pun datang. cuma ada sorang staf (jururawat) je datang ambil tekanan darah masa mula-mula sampai,” kongsinya di media sosial.


Tambah Nurul Izzah, dia paham situasi di unit kecemasan yang terlalu sibuk, tetapi untuk pemeriksaan awal mengapa kena tunggu sehingga empat jam.

“Yang paling saya kecewa pukul 4 petang anak saya kena sawan lagi sekali, lepas tu baru la jururawat pasang oksigen dan masukkan air ‘drip’.

“Saya tanya buat ni sebab dah dapat keputusan darah ke? Mereka kata keputusan tak keluar lagi. Allah lagilah luluh hati seorang ibu.

“Maksudnya lepas anak saya kena sawan kali kedua baru mereka (kakitangan) perasan ada baby (bayi) yang kena sawan,” luahnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen berkongsi kisah sama semasa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 7-9-2023 04:47 PM
aduh siannya, baby lg ke anak yg sawan tu... hmmm mmg kalu dok kt unit kecemasan gomen, mmg kena buat bising sikit kalau tak dia layan mcm lembu ja

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.102792 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top