CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Roti Canai Kena Jel Sebulan, Denda RM500 Gara-Gara Ceroboh Istana Negara

7-9-2023 03:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3716| Komen: 10

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM500 terhadap seorang peniaga roti canai kerana menceroboh kawasan Istana Negara, Ahad lalu.

Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin, memutuskan hukuman terbabit selepas Amrin Amiruddin, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.


Gambar hiasan

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh ditangkap iaitu pada hari kejadian dan dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Amrin memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran yang adalah harta milik Yang di-Pertuan Agong, di Pintu 1, Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Bukit Damansara, di sini, jam 7.45 malam, 3 September lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta298) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.


Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman itu, Amrin yang tidak diwakili peguam menegaskan tidak mahu membuat sebarang rayuan, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 7-9-2023 04:53 PM
kau dah kenapa dak Amrin oiii??? nak amik tepung and telur acik azmee ke? dasarrrr!
Quote tumpanglalu74 7-9-2023 05:20 PM
Ceroboh cara ape?  Betting dengan kengkawan ke?  Ce kalo hang penjual kete sport.  Takdak la ko dapat title penceroboh..  Malahan nanti pak gad yestane tu siap viralkan lagi gelagat ko yang lucu tu.  Takat juey roti canai je maka masok jel la ko..
Quote tumpanglalu74 7-9-2023 05:29 PM
Edited by tumpanglalu74 at 7-9-2023 05:30 PM

IMG_20230907_172817.jpg


IMG_20230907_172626.jpg
Quote kelip2_07 7-9-2023 05:29 PM
bgtau la ceroboh sbb ape..cmne blh ceroboh bkn ade tentera ke ape jg?
Quote jfq 7-9-2023 06:09 PM
Sebab apa? Org maghrib2 gi semejid hang gi ceroboh istana pulak
Quote sambaldurian 8-9-2023 12:59 AM
Ada masa Istana negara ni tmpat pintasan jalan je klu nk elak jammed. [em:3:]
Quote B40tastePosh 8-9-2023 02:15 AM
tumpanglalu74 replied at 7-9-2023 05:29 PM


Nak minta Makcik Azmee cium ke?

Dengki ke?
Quote malarky 8-9-2023 09:17 AM
sambaldurian replied at 8-9-2023 12:59 AM
Ada masa Istana negara ni tmpat pintasan jalan je klu nk elak jammed. [em:3:]

mungkin ini sebabnya kot dia nak short cut
Quote ibu_haritz 8-9-2023 12:26 PM
sambaldurian replied at 8-9-2023 12:59 AM
Ada masa Istana negara ni tmpat pintasan jalan je klu nk elak jammed. [em:3:]

Mmg aku lalu situ je bile jln kt bwh jem...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.293670 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top