CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meriah Susu Badan Rita Sosilawati, Siap Bagi Pada Wanita Lain- Simpan Berpeti-Peti, Yang Perlukan Boleh Datang Restock

7-9-2023 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6952| Komen: 66

Rita Sosilawati atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari bersyukur apabila diberikan rezeki kaya dengan susu badan yang membolehkan dirinya berkongsi rezeki dengan wanita lain di luar sana.


Di TikTok, usahawan kosmetik popular yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi dengan stok susu badan.

Malah, turut kelihatan seorang wanita yang dilihat sedang mengambil stok susu tersebut lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg.

Foto: IG

“Alhamdulillah, rezeki anakku dan anak susuan.

“Akak (Rita) beri satu freezer ini hanya untuk susu sahaja. Susu I ya, susu I bagi kat anak susuan I, ya. 

Dia juga berharap agar ibu bertuah tidak membazir rezeki susu badannya dan boleh datang ‘restock’.

“Kena habiskan minum ya. Satu beg ini tak cukup (sambil tunjuk). Habiskan ya, tolong habiskan ya. Lepas tu nanti ambil lagi,”ujarnya sambil menunjukkan peti sejuk yang dipenuhi stok susu badan.


“Freezer atas ada lagi. Freezer atas tu dah penuh, tak muat. Rezeki, Alhamdulillah,”dedahnya.



Rata-rata warganet turut tumpang gembira dan bersyukur atas perkongsian rezeki daripada Rita kepada wanita lain yang memerlukan.  Malah, mereka juga meluahkan pandangan dan bersetuju sekiranya usahawan terbabit dinobatkan sebagai Ikon Penyusuan.

Selain itu, mereka juga memberi cadangan dan meminta agar Rita mula membuat senarai nama anak susuannya kerana ia secara tidak langsung dianggap sebagai mahram kepada ibu susuan.

Mereka juga tidak wajib menutup aurat di hadapan satu sama lain dan juga tidak boleh berkahwin sesama sendiri terutama anak kandung ibu susuan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 7-9-2023 03:54 PM
perlu ke nk citer pasal tetek banyak air ni?dendiam sudah
Quote doubleharmonic 7-9-2023 04:14 PM
lepas tu ko keep record tak semua anak2 susuan tu? main bagi jah susu entah ke sapa2 lepas tu anak susuan sama anak susuan ternikah nanti cemano?
Quote Sazreena 7-9-2023 04:29 PM
Ingat senang ke nak bagi susu badan lebih ni. Dah sah-sah ko kena keep track record anak susuan. Ko tu bereta..just saying...nowadays kita tak tau niat org.
Quote aint 7-9-2023 05:58 PM
jgn sebarangan bagi susu badan kt baby lain... sbb nnt dh kira mahram... dan haram berkahwin...

tak pikir ke hukum agama ..
Quote menjad 7-9-2023 06:16 PM
Bahaya oiiii main bagi jer tanpa rekod nihhh. Jgn main2 adik beradik susuan
Quote Prickford 7-9-2023 06:27 PM
Tiba2 iolls risau plak anak sheolls ni ramai adik beradik susuan, lepas tu tak tahu siapa. Dah besar nanti kot mmg tak tahu, terkahwin plak.
Quote Kitty_catz 7-9-2023 06:29 PM
modai susu ketets sendiri utk marketing hauk

puiii
Quote she 7-9-2023 06:29 PM
Takde ke award untuk ibu2 yang overproud susu tetek banyak ni

Anugerah Ibu Lembu Tenusu Terbaik tahun ini
Jatuh kepadaaaaaa
Nah trofi

Gituuu macik membayangkan majlis penyampaian trofi 4 tingkat
Quote green~tea 7-9-2023 06:41 PM
Ya Allah.. sejenis bongak apa pula susu tetek berpeti2... siap offer baby lain minum.. mengarut laa ko anjing.. nnti tak pepasal anak ko kawen saudara susuan
Quote green~tea 7-9-2023 06:42 PM
aint replied at 7-9-2023 05:58 PM
jgn sebarangan bagi susu badan kt baby lain... sbb nnt dh kira mahram... dan haram berkahwin...

tak ...


Sebab tu kalo nak jadi founder pun mengaji kena habis.... baru tak pekat bodoh cam dia neh

Eh tapi founder mmg kebanyakan bodoh pekat pun
Quote TabletSusu 7-9-2023 07:25 PM
yg ko simpan berpaket2 tu dah kenapa? anak ko x kuat menyusu ke? x faham pulak aku baby2 zaman skrg ni x kuat menyusu.
Quote allshares 7-9-2023 10:50 PM
green~tea replied at 7-9-2023 06:42 PM
Sebab tu kalo nak jadi founder pun mengaji kena habis.... baru tak pekat bodoh cam dia neh

Eh tap ...

Dia bljr zisss... kt australia rasanya. Tapi tetap sama pekat budu tu. Terjangkit kot sesama ponder.
Quote Suchi 7-9-2023 11:12 PM
Dia ngan mak dia ni sebenarnya bangsa apa?
Nama agak pelik sikit la
Quote Atata 7-9-2023 11:26 PM
TabletSusu replied at 7-9-2023 07:25 PM
yg ko simpan berpaket2 tu dah kenapa? anak ko x kuat menyusu ke? x faham pulak aku baby2 zaman skrg  ...

Aku tak tau lah yg dia ni kenapa tapi yg selalunya mak2 ni suka sgt pammm pammm subuh2 pammm sebab nak kekalkan demand. Last2 overflow melimpah sampai chest freezer pun penoh.
Quote lanacondor 7-9-2023 11:38 PM
Serious eh betul ke ada susu badan byk ni? Ke ni marketing utk jual produk baru?minum supplement ni susu badan anda akan berpeti2.
Quote nw111 7-9-2023 11:41 PM
allshares replied at 7-9-2023 10:50 PM
Dia bljr zisss... kt australia rasanya. Tapi tetap sama pekat budu tu. Terjangkit kot sesama ponde ...

Skrg still jual timbang kilo tu ke...dh x dgr langsung product mak dia tu...tapi still kaya raya ye hasil dr zaman mak dia dulu..
Quote sharlenetexas 7-9-2023 11:45 PM
Nama sheols kuat sangat bau leluhur. Sheols ni jawa ke etnik lain?

Quote chandrahusin 7-9-2023 11:45 PM
Betul ke boleh perah smpai 1 peti ais?
Quote green~tea 7-9-2023 11:54 PM
allshares replied at 7-9-2023 10:50 PM
Dia bljr zisss... kt australia rasanya. Tapi tetap sama pekat budu tu. Terjangkit kot sesama ponde ...


Sekadar bayar pengajian je kot bukan sponsorship

Ada kawan iols spm gred 2 je pun boleh gi oz.. sbb ayah bayor

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.315310 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top