Pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun menyuarakan pandangannya ketika ditanya sekiranya suaminya hendak berkahwin lain. Walaupun soalan tersebut tidak pernah ditanya suami, namun Asma’ tetap dengan pendiriannya serta memberitahu bahawa dia enggan menerima kehadiran wanita lain.
“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama. “Tapi suami saya tak pernah tanya pendapat tu. Sebelum dia berniat nak tanya, saya dah bagitahu yang saya tak nak,” katanya menerusi satu video tular. Pendakwah berusia 39 tahun itu mendedahkan dia juga insan biasa yang memiliki sifat kuat cemburu sama seperti wanita lain.
Katanya dia bimbang kegagalan mengawal diri akan mendatangkan keburukan kepada dirinya yang juga merupakan seorang figura dihormati ramai. “Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya sangat bimbang saya tidak boleh mengawal cemburu saya dan akhirnya hilang akhlak saya, hilang diri saya. “Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” tambahnya. Video pengakuan itu mendapat banyak persetujuan daripada warganet terutamanya golongan wanita yang menganggap dsifat cemburu merupakan lumrah perempuan terutama jika pasangan tidak dapat berlaku adil. Dipercayai, soalan itu diajukan kepada ustazah susulan tindakan seorang pempengaruh dikenali Abang Tesla yang mengumumkan perkahwinan kedua di TikTok sekali gus mengejutkan orang ramai. Namun begitu, pempengaruh tersebut memaklumkan dia berkahwin secara sah dan telah mendapat keredaan isteri pertama terlebih dahulu. -CARI |
Nurul8001 replied at 7-9-2023 06:27 PM
Betulla apa yg dia cakap tu. Dia jujur kat diri sendiri. Tu pun ada org menyampah? Tak paham saya.
...
FOTHER-MUCKER replied at 7-9-2023 05:03 PM
Tak mau pula ikut seperti nabi pasal ni.
Nampak sangat!
Cyempaka replied at 7-9-2023 07:19 PM
Kenapa kakak2 forum suka umpat dia pasal kentut faraj tu.. betul lah dia yg kena ulas, dia yg kena b ...
Cyempaka replied at 7-9-2023 07:19 PM
Kenapa kakak2 forum suka umpat dia pasal kentut faraj tu.. betul lah dia yg kena ulas, dia yg kena b ...
Nurul8001 replied at 7-9-2023 07:35 PM
Org forem ni acah2 bagus. Saya pun kengkadang mcm tu Semua benda nak kutuk. Rasa best kot kutu ...
Cyempaka: Kenapa kakak2 forum suka umpat ...
ADVERTISEMENT