CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beras 50 Kg Habis Tak Sampai 2 Minggu, Rebecca Nur Al-Islam Terkesan Harga Barang Naik "Semua Selera Makan Termasuk Orang Gaji"

7-9-2023 04:14 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10940| Komen: 75|Original author: Saiful

Datin Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan beras seberat 50 kilogram pun tidak mampu bertahan selama dua minggu untuk mereka sekeluarga.

Dalam satu temu bual, Rebecca kata keluarga besar dan mempunyai selera makan yang banyak. 


Foto: IG

“Beras sekadar.. beras yang 50kg pun tak sampai. itu actually memang tak boleh nak larilah. Agak besar jugalah. Anak saja pun dah 9 orang, campur kita suami isteri dah sebelas orang, pastu campur kita ada pembantu lagi.. so kalau cerita pun, agak terkejut.

“Macam beras sekadar 50kg tu 2 minggu pun tak sampai. sebab pembantu pun ramai ada di rumah, termasuk tukang kebun. Jadinya, merekanya cara makan agak banyak dan kita pun tak kisah,”ceritanya.


Disoal mengenai harga barangan terkini, Rebecca atau Becca akui semua orang tidak akan terlepas daripada berdepan dengan masalah tersebut.

“Berbalik pada harga barang tu, kita ni rakyat biasa, rakyat jelata.. nak cakap macam mana pasal harga barang. Jadi kita teruskanlah kehidupan dengan berusaha mencari rezeki, bukan dengan satu kerjaya sahaja yang mendatangkan duit dengan rezeki halal, itu yang saya bekerja kuat tu.

“Sekurang-kurangnya apa yang anak nak, saya nak.. kita nak makan apa, kita boleh dapat. Macam tu,”ujarnya.


Tambah ibu kepada sembilan anak itu dia enggan mengambil pusing mengenai bualan orang ramai, sebaliknya mahu memberi fokus pada kehidupan sendiri.

“Jadi, saya seorang yang sangat bekerja. Sekarang ni saya bekerja je.. so orang nak cakap apa, takpelah, biarlah dia nak cakap. Penat nak layan, nak glamour kan dia buat apa.




“Macam tu la.. so saya akan kerja, sibukkan hal suami dan anak-anak. Itu dah cukup, kemudian hidup bahagia. Alhamdulillah,”luahnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 7-9-2023 04:25 PM
Poket semakin menipis..jd pepandai la jimat
Quote Sazreena 7-9-2023 04:27 PM
Dah ko jugak yg nak beranak ramai...
Quote makneng 7-9-2023 04:28 PM
pandai buat pandai tanggung konsepnya...lantak deme lah
Quote Rogue98 7-9-2023 04:28 PM
Yg aku tau beras 5kg & 10kg jer....tak tau pulak Ada beras 50kg...camner nak angkat tu.
Quote prettyuglybabe 7-9-2023 04:35 PM
duit lelong rumah tak dapat ke dia ke
Quote prettyuglybabe 7-9-2023 04:37 PM
Rogue98 replied at 7-9-2023 04:28 PM
Yg aku tau beras 5kg & 10kg jer....tak tau pulak Ada beras 50kg...camner nak angkat tu.

beli beras 10kg tu 5 pack kan dapat 50kg
Quote arffa 7-9-2023 04:40 PM
Family planning sis, penat Doktor nasihat selepas beranak tak nak dengar.
Quote Rogue98 7-9-2023 04:45 PM
prettyuglybabe replied at 7-9-2023 04:37 PM
beli beras 10kg tu 5 pack kan dapat 50kg

Hahaha...sebab dia sebut beras yg 50kg.
Aku check kat shopee ...Ada u beras 50kg...basmati harga RM460.
Mak datok...
Quote noell 7-9-2023 04:48 PM
kompem maid dia ada bela saka
Quote Shahman86 7-9-2023 04:51 PM
Dah kau nak salahkan kos sara hidup pula.kau asyik memantat aje mcm babi lps tu nk komplen pula barang semua mahal
Quote AcikCleaner 7-9-2023 04:53 PM
Rogue98 replied at 7-9-2023 04:28 PM
Yg aku tau beras 5kg & 10kg jer....tak tau pulak Ada beras 50kg...camner nak angkat tu.

Beli la 5 beg..jadilah 50kg
Quote sofi_sofia 7-9-2023 04:54 PM
bila orang tanya pendapat mengenai kenaikan harga barangan ... itu bermakna org nak tanya berkaitan ekonomi!

yg pergi ckp pasal anak beranak sy ramai kuat makan, org gaji pun ramai ... makan byk2 dah kenapa? drp situ pun dah tau tahap iq nya cemana ...

ceritalah pasal kuasa membeli ke ... perubahan kualiti hidup ke ... kos sara hidup ke ... kesan kpd kesihatan mental ke ...
Quote rotiban 7-9-2023 04:54 PM
anak dia 9 org tu termasuk anak tiri ke apa?
dlm gmbo baju pink tu ada sorg laki gemok & sorg anak dara tu pun anak dia ke?
Quote prettyuglybabe 7-9-2023 04:57 PM
Rogue98 replied at 7-9-2023 04:45 PM
Hahaha...sebab dia sebut beras yg 50kg.
Aku check kat shopee ...Ada u beras 50kg...basmati harga R ...

memang ada je beras 50kg..
dalam guni..
kalau tempat dia ada kilang proses beras boleh la gi beli direct kilang..

Quote hollahop 7-9-2023 04:59 PM
Berapa total diorang ni semua?

Rumah bapak i 12 org total. 10 dewasa 2 kanak2
Makan nasi sehari 2x. Sebulan dalam 25kg -30kg beras.

Ada jugak mkn luar, beli buger ramli, goreng2 mee bihun, makan maggie.

Berapa port beras agaknya sekali masak utk becca n famly ni, seminggu ja dah 50kg.
Quote I.K.A888990 7-9-2023 05:01 PM
lantak hang la makcik
Quote juruterra 7-9-2023 05:03 PM
ramainya dok sekali, nasib maid bertentet kalau tak stress asik kena memasak je. sejenis kuat makan nasi juga ni, umah saya yg ada 5 org pun 5kg tahan sebulan sbb jenis x byk mkn nasi masing2. suka meratah lauk lebihnya
Quote bambimo 7-9-2023 05:03 PM
lah tak update nya aku, anak dia 9 orang dh rupanya.
Quote she 7-9-2023 05:04 PM
Pernah komer dengar ongkaya lain bercerita pasal beras berapa kilo seminggu?
Pernah dengar deme merungut harga barang…minyak petrol atau nasi goreng obersi 50 hengget?

Sebab itu baru betul ongkaya
Ongkaya teda nak sebut
“Saya anak 9 jadi kena faham”
“Cukuplah 2 anak sebab kekangan kewangan”

Sekian terima kasih ku untuk mu

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.070880 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top