Seorang gadis yang berkerja di kedai makan mendedahkan situasi yang berlaku di tempat kerjanya sepanjang pengalamannya selama dua tahun. "Masuk kerja pukul 12 tengah hari, siap kerja 12 tengah malam. Gaji yang aku dapat hanya RM35 sahaja. Sumpah penat gila kerja kedai makan.
"Lebih-lebih lagi sebagai waiter, kena angkat pinggan, hantar makanan dan minuman, sapu meja, mop lantai. Sarang labah-labah pun tak boleh ada walaupun sedikit," katanya tanpa mendedahkan lokasi tempat dia bekerja. Tambah gadis itu, majikannya turut mengenakan syarat-syarat tertentu kepada para pekerja. "Kalau nak makan dua kali sehari... itu pun lauk ayam sahaja. Lain-lain semua tak boleh makan. Kalau nak makan, kena bayar," katanya. Memasuki bulan ketujuh, dia kemudian beralih tugas daripada pelayan kepada pembancuh air, dengan kenaikan gaji yang cuma sedikit.
"Air special dan biasa aku buat seorang je. Gaji yang aku dapat hanya RM40. Kalau pelanggan ramai, memang sakit satu badan habis lenguh aku. "Malam-malam selepas siap kerja, aku menangis seorang dalam bilik. Bayangkan masa cuti sekolah lagi ramai pelanggan, memang tak sempat aku nak duduk." Cukup dua tahun, gadis itu nekad untuk berhenti kerja kerana sudah tidak tahan lagi bekerja di kedai makan tersebut. Menyuarakan keputusan itu kepada majikan, sebaliknya dia diminta untuk mencari penggantinya terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk berhenti kerja. "Aku cuba cari pengganti aku. Memang tak ada orang nak kerja. Aku terpaksa lagi bekerja di situ." Namun dia tidak tahan lagi dan terpaksa berhenti kerja untuk mencari tawaran lebih baik seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Aku beritahu bos, cari sendiri pengganti. Aku dah lama nak berhenti. Terpaksa berhenti sendiri walaupun bos tak bagi. "Minta gaji yang masih berbaki RM100 lebih macam tu... bos tak bagi gaji aku sampai ke hari ini. "Sampai sekarang bos tak bayar gaji aku. Aku halalkan jela, sumpah kerja dekat situ dilayan seperti sampah," ujarnya dengan nada kesal. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka bekerja di kedai makan dan mengakui bayaran yang diterima tidak setimpal dengan tugasan. "Saya bertahan dua minggu je. Memang penat, nak duduk rehat sekejap masa pelanggan tak ada pun bos tak bagi. Nak makan kena sorok-sorok, kalau tak nanti bos marah. "Pernah kerja, dua bulan je tahan. Semua benda kena buat. Ambil order, hantar makanan, bancuh air. Buat air blended lagi. Mop semua benda kena buat, gaji M35 sehari. "Sis pun pernah kerja kat kedai makan, penat sangat. Memang macam ni, kalau nak berhenti kena cari pengganti dulu. Memang tak mahu kerja kat kedai makan lagi," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
ifanonline replied at 7-9-2023 02:55 PM
bangsa malaysia memang tak tahan keje2 mcm ni...kena cari indon atau pinoy
ADVERTISEMENT