CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Jelajah Lihat artikel

15 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Masyarakat Korea Selatan, Nombor 9 Ramai Belum Tahu

7-9-2023 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6150| Komen: 9

Penduduk Korea Selatan ternyata memiliki banyak keunikannya yang tersendiri.

Cara hidup, amalan dan budaya masyarakat ini nampaknya telah berjaya menarik ramai di seluruh dunia untuk mengenali dengan lebih dekat lagi


Dipetik dari EH!, ini antara fakta menarik dan unik mengenai Korea Selatan dan penduduknya:


matadornetwork.com

1. Penduduk Korea suka memakan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan saluran  darah.

2. Penduduk Korea jarang memakan dengan tangan kerana dianggap kurang sopan.

3. Penduduk Korea berasa selesa untuk memakan mi segera dalam periuk kerana kalau dibawa keluar dari periuk dianggap makanan itu sudah hilang kepanasannya.

4. Hallyu atau Korean Wave ialah istilah yang diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea di seluruh dunia.

5.Seramai 76 peratus wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik.


6. Seramai 95 peratus penduduk Korea yang mempunyai lipatan di kelopak mata adalah hasil daripada pembedahan plastik.

7.Seramai 25 peratus ibu di Korea Selatan menyuruh anak mereka yang masih berumur 12-16 tahun untuk  melakukan pembedahan plastik. Kebanyakan keluarga di Korea akan menjadikan pembedahan plastik sebagai hadia hari lahir.

8. Kebanyakan wanita Korea yang melakukan pembedahan plastik menginginkan wajah seperti pelakon cantik Song Hye Gyo manakala lelaki Korea pula menginginkan muka seperti pelakon Jang Dong Gun.

9. Seramai 40% pengunjung klinik pembedahan plastik adalah lelaki. Rata-rata lelaki Korea akan melakukan pembedahan pada bahagian mata agar kelihatan lebih besar. Ada juga lelaki yang melakukan pembedahan untuk mengecilkan payudara.

10. Selain disebut sebagai negara Ginseng, Korea juga dikenali sebagai Republic of Plastic Surgery.

11. Pokok pain merupakan pokok cinta bagi penduduk Korea kerana membawa maksud cinta yang kukuh, lurus dan tidak pernah berakhir.

12. Lebih kurang 36 penduduk Korea membunuh diri setiap hari. Antara penyebabnya ialah tekanan belajar, ekonomi dan ada juga yang membunuh diri kerana mengikuti idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami oleh mereka.

13. Ada beberapa cara untuk membunuh diri di Korea salah satunya ialah melakukan perjanjian di internet kemudian bertemu untuk bunuh diri bersama.

14. Penduduk Korea merupakan pengguna kad kredit tertinggi di dunia.

15.  Penduduk Korea sangat gilakan internet. Mereka selalu memesan tiket penerbangan secara online melalui telefon pintar mereka. Sementara itu, bagi urusan bersosial, orang Korea lebih gemar bersembang dengan menggunakan emoticon. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-9-2023 03:47 PM
Korea rasis.. korea tak suka mandi. Busuk hanyir
Quote gideoncross 7-9-2023 04:26 PM
Klau budaya kita mkn dlm priuk tu mmg rude af.
Quote gideoncross 7-9-2023 04:27 PM
Kurex replied at 7-9-2023 03:47 PM
Korea rasis.. korea tak suka mandi. Busuk hanyir

Racist & dorg x suka kaum Mlayu, dorg suka yg brkulit putih, blonde & brmata biru.
Quote AkokKocik 7-9-2023 08:23 PM
Patutlah klu tengok video mukbang korea dlm ytube, diorg mkn trus mi dlm priuk.
Quote midori888 13-9-2023 10:59 AM
gideoncross replied at 7-9-2023 04:26 PM
Klau budaya kita mkn dlm priuk tu mmg rude af.

bagi meols diorg mkn dlm periuk sbb pemalas...yerlah pemalas nak basuh pinggan + periuk memasak...kalu makan dlm periuk tak perlu basuh pinggan...
Quote midori888 13-9-2023 10:59 AM
Kurex replied at 7-9-2023 03:47 PM
Korea rasis.. korea tak suka mandi. Busuk hanyir

agreed...bau busuk...
Quote gideoncross 15-9-2023 01:16 PM
midori888 replied at 13-9-2023 10:59 AM
bagi meols diorg mkn dlm periuk sbb pemalas...yerlah pemalas nak basuh pinggan + periuk memasak... ...

Budaya yg bakalan jdi ikutan anak2 Mulayu yg teruja dgn budaya SKorea.
Quote moolanji 16-8-2024 01:50 PM
tq for sharing..
Quote menciptahuuut13 21-8-2024 06:26 PM
Tapi betul lah lelaki korea racist

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.087064 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top