CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ustaz Syafiq Berbual Dengan 'Pendamping' Isteri Azlan Komeng, "Nak Bunuh, Mati!"

7-9-2023 06:10 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4008| Komen: 4|Original author: Saiful

Tular di media sosial, rakaman video podcast yang dikendalikan Caprice bersama pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nilam.

Caprice turut menjemput Ustaz Syafiq yang merupakan pengamal rawatan alternatif Islam bagi mengupas topik sihir pemisah.


Semasa temu bual, Syafiq mencuba untuk berbual dengan jin pendamping yang berada di dalam badan Nilam.



"Nabi S.A.W beritahu dalam hadis bahawa jin ini mengalir dalam darah anak Adam. Jadi kita boleh tengok dengan jelas.

"Wahai pendamping, wahai yang menjaga keturunan ini, wahai yang berada di dalam darah hamba Allah yang mendengar bacaan ku ini. Kalau kamu jaga dia, genggam tangan kanan dia. Saya cuma nak lihat kewujudan tuan (pendamping) di dalam badan dia.

"Saya tidak akan apa-apakan kamu hari ini, satu syarat sahaja saya nak kamu genggam tangan kiri kalau benar kamu masih ada dalam darah dia."



Wajah serta suara Nilam tiba-tiba berubah menjadi kasar. Kemudian ustaz tersebut bertanya pula tentang tujuan sihir itu dihantar kepada wanita itu.

"Ada orang nak bunuh dia?"

"Ya."

"Orang nak buat apa pada dia?"

"Mati."


Jin tersebut seakan-akan tidak berpuas hati terhadap Azlan dan memarahinya.

"Urusan ini urusan kamu, bukan urusan dia. Dia yang perlu tanggung akibatnya."


Susulan itu, Syafiq menasihati jin berkenaan supaya menghargai jasa aktor tersebut sebagai suami yang banyak membantu dan membimbing Nilam.

"Kamu kena berterima kasih kepada dia (Azlan). Mungkin disebabkan sihir ini dia (Nilam) lebih dekat dengan Allah."


Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang percaya bahawa kejadian tersebut adalah benar kerana pernah mengalami situasi yang sama selain sering melihat ustaz berkenaan menjalankan rawatan Islam.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang mendakwa ianya hanyalah rekaan mereka semata-mata. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 8-9-2023 02:26 AM
Tak sanggup nak tgk sampai habis. Malu. Ntah betul ntah tidak.
Quote rosedemon 8-9-2023 08:58 AM
alahaiiii cm berlakon jeeee nilam ni dah la mulut rempit spela nk kat komeng tu simpan la sndiri dalam lemari yuckkyyy
Quote Dolmat 8-9-2023 01:08 PM
Edited by Dolmat at 8-9-2023 01:15 PM

Aduhaiiiiii level Bini, mak2 bobal merempits!
Cara cakap tak centre!
All her posting bobal champion confident tapi bercanggah!
Merempits bobal macam ni aaaah no malu bobal asal bolehhhh hembus.  

Quote AnnaSendin 8-9-2023 02:13 PM
Iols tak caya kerna nampak fake. Sore pon sore si nilam nieyh.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048267 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top