CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Serangan 9/11, Biden Tolak Syarat 5 Defendan

7-9-2023 12:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2439| Komen: 4

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menolak beberapa syarat yang diberikan oleh lima tahanan Teluk Guantanamo sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Pendakwa Raya Persekutuan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam serangan 11 September 2001.


Menurut laporan New York Times, semalam, lima defendan itu termasuk pejuang al-Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed yang dituduh AS sebagai 'arkitek utama' serangan berkenaan.


Kelima-limanya ditawarkan perjanjian oleh pihak pendakwaan, yang akan menyaksikan mereka terlepas hukuman mati sebagai pertukaran untuk pengakuan bersalah dan penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, defendan terbabit menyenaraikan beberapa syarat, termasuk tidak menjalani hukuman penjara seumur hidup dalam kurungan sendirian, serta dibenarkan makan dan solat bersama banduan lain.

Rumah Putih mengesahkan Biden bersetuju dengan cadangan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin, supaya tidak menerima syarat berkenaan - yang dikenali sebagai prinsip dasar bersama - sebagai asas untuk rundingan pengakuan.


"Insiden 9/11 adalah satu-satunya serangan terburuk ke atas AS selepas kejadian Pearl Harbor. Presiden tidak percaya bahawa tindakan menerima prinsip dasar bersama sebagai asas untuk perjanjian praperbicaraan, adalah sesuai dalam keadaan ini.

"Pihak pentadbiran komited memastikan proses suruhanjaya tentera terbabit adalah saksama dan memberi keadilan kepada mangsa, mereka yang terselamat, pihak keluarga serta tertuduh jenayah berkenaan," kata jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan melalui e-mel.

Lebih 3,000 mangsa terkorban dalam insiden serangan membabitkan empat pesawat komersial yang dirampas, yang mana dua daripadanya dipandu merempuh menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York City.

Pesawat ketiga pula terhempas dalam kawasan Pentagon di Washington DC, manakala sebuah lagi terhempas di Pennsylvania selepas penumpang dilaporkan melawan balik perampas. - REUTERS


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 7-9-2023 01:36 PM
peristiwa 911 nk masuk 22 tahun dah



Quote sharfox 7-9-2023 11:14 PM
Sendiri serang sendiri punya tower, disalahnya org lain. Stupid whites.
Quote Zazama 8-9-2023 12:22 AM
5 defenden tu di 'kambing hitam' rasanya.
Quote Dwdrum 8-9-2023 08:48 AM
Penat saja samah ber jamaah plan mahu heaven jumpa bidadari... Ummah pula denied ..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052700 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top