CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami Baru Di Fasa Baru Hantar Mesej Hello-Hello' - Naim Daniel Akui Dah Ada Buah Hati

7-9-2023 11:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4222| Komen: 10

Penyanyi, Naim Daniel, 26, mendedahkan dia sedang melalui fasa bahagia dengan seseorang wanita yang juga rakan dalam industri muzik.

Naim ketika ditemui bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai identiti wanita yang sedang bertakhta di hatinya ketika ini.



"Hubungan kami baru saja nak berputik, tapi keluarga kedua-dua belah pihak sudah maklum mengenainya. Saya selesa dengannya kerana kami ada persamaan iaitu memiliki sikap 'gila-gila' dan mempunyai pemikiran yang sama.

"Dia seorang yang sangat baik, tapi bapa saya nasihatkan supaya jangan terlalu teruja sebab bimbang menangis nanti. 

"Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak membicarakan perkara ini terlalu mendalam. Soal percintaan atau perpisahan lebih baik simpan untuk diri sendiri saja," katanya.

Menurut Naim, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya kerana mereka masih fasa berkenalan.


"Memang saya ada keinginan untuk berkahwin, tapi bukan sekarang. Banyak benda yang saya kena fikirkan terutama berkaitan dengan kerjaya nyanyian dan lakonan.

"Kalau boleh saya ingat menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. Nanti umur dah banyak tapi anak masih kecil lagi.

"Jika saya nak kahwin atau ada sebarang majlis saya akan beritahu. Kami baru di fasa baru hantar mesej hello-hello," katanya berseloroh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-9-2023 11:53 AM
top mana tu? ehhhh!
Quote I.K.A888990 7-9-2023 12:23 PM
helli hello hello
Quote gideoncross 7-9-2023 01:21 PM
Sat lgi muka c prmpuan trpampang kat websites.
Quote Myeramie 7-9-2023 01:38 PM
Artis ke.okla mengaku ade gf
Quote ashilalat 7-9-2023 01:45 PM
GF tu gelpren ke g**pren?
Quote beta_carotene 7-9-2023 02:03 PM
entah2 dgn sissy iman.. kazen jauh je kan diorg
Quote Myeramie 7-9-2023 02:07 PM
beta_carotene replied at 7-9-2023 02:03 PM
entah2 dgn sissy iman.. kazen jauh je kan diorg

Xkan nak dgn kazen sendiri walau jauh
Quote zehra2 7-9-2023 02:24 PM
ok je naim. asal dgn perempuan
nanti tulis lagu yg sedap ya
Quote rayna_raynes 7-9-2023 05:26 PM
Iols tau siapaa hahaha
Hari tu nampak diorang together
Sepadan la, sama2 kecik comel
Quote sayangselasih 7-9-2023 09:06 PM
Meols tetap kenan heols dengan sissy iman.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.033923 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top