CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terpalit Pelbagai Kontroversi, Radhi Terus Pandang Depan

7-9-2023 11:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2649| Komen: 3

Dilanda pelbagai kontroversi, vokalis kumpulan OAG, Radhi bagaimanapun memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang.

Penyanyi berusia 46 tahun itu cekal membina semula kerjayanya meskipun mungkin ada yang bilang dia tidak mampu, tidak akan kuat. 



“Atas segala apa yang berlaku, siapa kata saya tak kecewa? Saya masih menanggung hutang, belum dilangsaikan. Tetapi jangan risau, saya tak lari dan akan selesaikan.

“Lepas itu, terpalit pula dengan isu ahli OAG angkat kaki. Kecewa juga sebab kita dah buat konsert, album bersama. Terus-terang, saya rasa terduduk juga.

“Itu sebab saya ambil keputusan untuk keluar 40 hari dan memanfaatkan masa bersama jemaah tabligh di Kedah, selepas konsert tempoh hari.

“Saya perlukan ketenangan itu untuk saya fikir apa yang perlu dibuat satu persatu. Balik daripada bersama jemaah, baru saya nampak jalannya,”katanya.


Kongsi Radhi, meskipun pelbagai masalah menimpa, dia tidak pernah membuang teman-teman seperjuangan kerana menghargai jasa baik dan nilai persahabatan yang lama terjalin.

“Saya tak pernah buang mereka, tetapi mereka yang nak keluar sendiri. Ini dah terjadi dari zaman OAG bergerak bersama Ivan lagi. Seorang demi seorang nak keluar dan akhirnya yang masih utuh adalah saya.

“Sedikit pun saya tak mahu salahkan mereka. Tak apalah, saya salahkan diri sendiri kerana mungkin tak pandai uruskan kumpulan.

“Ada juga yang cadang supaya saya gerak solo saja. Kata mereka, apa beza pun jika saya ada kumpulan dengan tidak? Cuma saya masih lagi nak bawa OAG ini dengan konsep band.

“Entahlah, kalau bergerak solo atau apa pun, saya terima sajalah. Lebih kurang begitulah. Tak mengapalah, esok-esok pun kita mati seorang juga,” katanya.

Mengakui kini sedang berusaha untuk memperbaiki semula kerjaya dan hidupnya, Radhi bagaimanapun menyifatkan segala yang berlaku ada hikmahnya.

Namun, sebagai seorang manusia biasa, kata Radhi, dia tidak menafikan bahawa kekusutan dilanda pelbagai masalah dan kontroversi sebelum ini, telah banyak menjejaskan daya kreativitinya sebagai seorang anak seni.

“Saya tahu diri ini banyak dilanda isu dan kontroversi. Disebabkan itu, saya nak jaga dan tak mahu dah terjebak semula. Saya nak berusaha keras balik.

“Dulu, kalau nak buat lagu atau kerja pun seringkali terbatas. Asyik nak tunda-tunda kerja dan ia mengganggu kreativiti saya.

“Sekarang ini, Alhamdulillah, saya cuba ubah dan perbaiki apa kelemahan yang ada,” katanya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-9-2023 11:53 AM
semua dah tak kuasa melayan kepala kau nak high je time konsert la bro... mengalahkan konsert rockstar omputih...
Quote cikatilia 7-9-2023 12:44 PM
bosan lah kau.. xhabis2 isu dgn bini dgn grupmate..
Quote Burong_Hantuk 7-9-2023 02:53 PM
selagi kau mendadih...idup kau x akn berubah ....ingat tu kaki dadih!!!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.028681 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top