|
Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim menegaskan tidak pernah menghalang keinginan isterinya, Lisa Surihani kembali ke dunia lakonan. Jelas Yusry, Lisa berhak membuat keputusan dan menetapkan sendiri kemahuannya itu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Sebagai ibu, dia kalau boleh nak kembali aktif (berlakon) selepas anak-anak membesar. Tambahan pula anak bongsu kami sekarang berusia dua tahun dan masih perlu bermanja dengan ibunya. “Yang penting dia tidak pernah mengatakan mahu berhenti berlakon. Cuma adalah dia meletakkan syarat hanya boleh jalani penggambaran maksimum 12 jam kerana mahu lebihkan masa untuk keluarga,” katanya. Dalam masa yang sama, Yusry turut memaklumkan seperti isterinya, dia juga memilih untuk bekerja dalam tempoh sama bagi membolehkan beliau meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
|
Burong_Hantuk replied at 7-9-2023 02:54 PM
yer la tu...kau jer yg terpaling!!!

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.428126 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.