CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadiah Untuk Kekasih, Lelaki Curi 120 Pek Krim Pemutih

7-9-2023 10:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2427| Komen: 2

Bangkok: Polis Thailand menahan seorang lelaki yang mencuri 120 pek produk pemutihan kulit dari sebuah kedai serbaneka di wilayah Surin untuk dihadiahkan kepada teman wanitanya, lapor laman berita Thaiger semalam.


Suspek  juga dikatakan mencuri minuman beralkohol dari sebuah pasar raya untuk mengadakan parti dengan rakan-rakannya.


Selepas ditangkap, suspek mengakui dia menyasarkan kedai serbaneka di mana dia telah mencuri 120 pek produk pemutih dengan nilai keseluruhan melebihi 10,000 baht (RM1,315).

Ia adalah sebagai hadiah untuk teman wanitanya selepas mereka menjalin hubungan cinta selama kira-kira lima bulan.

Dia kini menghadapi pertuduhan jenayah kerana mencuri dan jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga 60,000 baht (RM7,894). – Agensi


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-9-2023 11:11 AM
bodo & low class punya jantan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.169515 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top